eapui
Active+ Member
- Messages
- 4,827
- Joined
- Dec 28, 2007
- Messages
- 4,827
- Reaction score
- 7
- Points
- 25
PUTRAJAYA: Penyelia dan pengurus penyelenggaraan, Ahmad Bakhtiar Abdul Kayoom dihantar ke Penjara Kajang semalam untuk menjalani hukuman penjara enam bulan selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengenepikan sabitan menceroboh dan memasang kamera litar tertutup dalam apartmen sewaan pelakon terkenal, Nasha Aziz, enam tahun lalu.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Majistret pada 2004 terhadap Ahmad Bakhtiar.
Beliau memerintahkan Ahmad Bakhtiar menjalani hukuman itu mulai semalam.
Sebelum ini Ahmad Bakhtiar dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya di mahkamah lebih tinggi.
Zaki berkata, tidak berlaku pelanggaran undang-undang walaupun Majistret Ida Hanani Abdul Karim terus mendengar perbicaraan itu selepas beliau dipindahkan ke Pejabat Peguam Negara sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Pendrafan.
“Ahmad Bakhtiar menceroboh hak peribadi orang, beliau (Nasha) adalah aktres terkenal, letakkan diri anda dalam keadaannya, ketika sedang mandi, adakah anda suka?” kata Zaki.
Dua lagi hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang bersama Zaki ialah Datuk James Foong Cheng Yuen dan Datuk K N Segara.
Ida Hanani mendapati Ahmad Bakhtiar, 31, bersalah terhadap dua pertuduhan menceroboh masuk ke dalam apartmen Nasha atau nama sebenarnya Noraisha A Aziz, di Shahzan Court, Jalan Nipah off Jalan Ampang dan menceroboh hak peribadinya dengan memasang kamera litar tertutup antara April dan Julai 2002.
Ahmad Bakhtiar dihukum penjara enam bulan bagi setiap kesalahan.
Bagaimanapun, Ida Hanani memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak.
Usahanya untuk mengenepikan sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Tinggi juga tidak berjaya.
Terdahulu, peguam yang mewakilinya, Jagjit Singh membangkitkan perkara berkaitan undang-undang dengan mempersoalkan kesahihan majistret terus mendengar perbicaraan itu selepas dipindahkan ke Pejabat Peguam Negara.
Sebagai alternatif, Jagjit menggesa mahkamah merujuk semula kes itu ke Mahkamah Majistret bagi perbicaraan semula jika Mahkamah Rayuan tidak membenarkan rayuan anak guamnya untuk mengenepikan sabitan dan hukuman yang dihadapinya.
Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, berkata fakta yang majistret terus mendengar perbicaraan itu selepas dipindahkan ke Pejabat Peguam Negara tidak menimbulkan prejudis terhadap Ahmad Bakhtiar kerana beliau bukan dipindahkan ke pejabat itu sebagai timbalan pendakwa raya dan tidak mempunyai akses terhadap kertas penyiasatan kes itu.
Katanya, Ida Hanani dipindahkan sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Pendrafan dan ketua pendaftar sudah memberikan kebenaran kepada Ida Hanani untuk terus mendengar perbicaraan itu.
Noorin berkata, pendawaian kamera itu ditemui dipasang melalui apartmen Nasha ke sebuah lagi unit apartmen dalam blok itu yang dijadikan sebagai pejabat selenggaraan oleh Ahmad Bakhtiar. (Seluruh blok apartmen itu milik bapa Ahmad Bakhtiar).
“Beliau seorang yang terkenal, seorang aktres dan peragawati dan bagaimana kejadian ini menjejaskan dirinya. Ia adalah sesuatu yang tidak harus didedahkan kepada umum. Menceroboh hak peribadi dan maruah seseorang adalah kesalahan yang serius,” katanya. - Bernama
lamanyer kes ne baru jatuh hukum#:-S