moneyloopholes
Fun Poster
- Messages
- 634
- Joined
- Mar 7, 2010
- Messages
- 634
- Reaction score
- 174
- Points
- 23
Saya tak tahu samada thread ni dah diposkan ke belum...tapi kalau sudah diposkan saya mintak maaf.
Petikan dari http://pahangdaily.blogspot.com/2010/02/gempar-video-penghinaan-agama-islam.html
Gempar: Satu Penghinaan Terhadap Umat Islam, Video Perlekehkan Azan Serta Solat Dalam Gereja Oleh Pelajar S.M St.Augustine Betong Di Kesan !!
Ramai yang terkejut dengan isu penghinaan agama Islam yang berlaku di negara kita baru-baru ini. Isu khalimah Allah, hinggalah ke isu kepala **** yang diletakkan dalam kawasan masjid. Semua ini kononnya bakal mengundang kemarahan dan perbalahan kaum di negara kita. Bermulalah tuduh menuduh antara satu sama lain. Ada pihak yang mengatakan perbuatan itu sengaja dilakukan dengan terancang oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Malah ada juga mengatakan, kerja itu memang dilakukan oleh "budak nakal" yang sengaja ingin menimbulkan kontorversi dan publisiti. Seolah-olah wujudnya perbalahan kaum di negara kita. Namun, hakikatnya rakyat Malaysia terus hidup utuh aman dapat tanpa sebarang kekacauan. Isu khalimah Allah dan kepala **** telah berjaya mengalih pandangan rakyat terhadap isu-isu utama di negara kita. Kini selepas kes liwat dijalankan, semua isu tersebut seakan hilang begitu sahaja. Biarpun ada tangkapan dan perbicaraan yang bakal diadakan, namun ternyata ia nampak semakin dingin. Malah "kes liwat" yang dikatakan membabitkan mantan TPM, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan dikatakan berjaya mengatasi banyak isu-isu panas di negara kita mutakhir ini, termasuk kes Menteri Besar Perak baru-baru ini.
[Kami amat terkejut dengan adengan yang dilakukan ini. Mereka begitu gembira melakonkan babak-babak dalam solat sambil menghinanya. Memandangkan kejadian ini dirakam dan dilakukan oleh para pelajar Sek.Men St.Augustine Betong Sarawak, maka itu diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin Oleh TPM Muhyiddin Yassin dapat mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Masalah yang berlaku, rakaman tersebut disiarkan dilaman Youtube. Ini menunjukkan seolah-olah mereka sengaja mahu menyakitkan hati Umat Islam di negara ini. Maka itu marilah kita bangkit menyatakan bantahan atas perkara ini. Sesungguhnya penghinaan ini amatlah keterlaluan buat kita semua. Bahkan kami amat yakin paderi dan orang Kristian sendiri tidak merestui perkara ini berlaku. Kita harus hormat antara sesama agama di negara kita. Barulah rakyat akan hidup aman dan sejahtera selamanya. !!].
Petikan dari http://pahangdaily.blogspot.com/2010/02/gempar-video-penghinaan-agama-islam.html
Gempar: Satu Penghinaan Terhadap Umat Islam, Video Perlekehkan Azan Serta Solat Dalam Gereja Oleh Pelajar S.M St.Augustine Betong Di Kesan !!
Ramai yang terkejut dengan isu penghinaan agama Islam yang berlaku di negara kita baru-baru ini. Isu khalimah Allah, hinggalah ke isu kepala **** yang diletakkan dalam kawasan masjid. Semua ini kononnya bakal mengundang kemarahan dan perbalahan kaum di negara kita. Bermulalah tuduh menuduh antara satu sama lain. Ada pihak yang mengatakan perbuatan itu sengaja dilakukan dengan terancang oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Malah ada juga mengatakan, kerja itu memang dilakukan oleh "budak nakal" yang sengaja ingin menimbulkan kontorversi dan publisiti. Seolah-olah wujudnya perbalahan kaum di negara kita. Namun, hakikatnya rakyat Malaysia terus hidup utuh aman dapat tanpa sebarang kekacauan. Isu khalimah Allah dan kepala **** telah berjaya mengalih pandangan rakyat terhadap isu-isu utama di negara kita. Kini selepas kes liwat dijalankan, semua isu tersebut seakan hilang begitu sahaja. Biarpun ada tangkapan dan perbicaraan yang bakal diadakan, namun ternyata ia nampak semakin dingin. Malah "kes liwat" yang dikatakan membabitkan mantan TPM, Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan dikatakan berjaya mengatasi banyak isu-isu panas di negara kita mutakhir ini, termasuk kes Menteri Besar Perak baru-baru ini.
Namun begitu, apa yang ingin kami dedahkan kali ini ialah satu isu yang harus dianggap sensitif terhadap seluruh umat Islam di negara kita. Rupanya, ada isu penghinaan terhadap agama Islam yang lebih berat dan perlu diberi perhatian telah berlaku penghujung tahun 2009 yang lalu. Namun, dek kerana ia agak terpencil maka isu tersebut tidak diberi perhatian secara meluas oleh pihak media arus perdana. Kami bukanlah mahu mencari jalan untuk mewujudkan perbalahan atau kekacauan sebenarnya. Namun, sebagai orang Melayu yang beragama Islam maka kami juga terpanggil untuk memaparkan adengan ini agar ia dapat diberi perhatian oleh pihak berkuasa terutamanya yang menjaga kepentingan agama di negara kita. Isunya berkaitan sebilangan pelajar dari Sek.Men St.Augustine, Betong Sarawak didapati telah secara jelas menghina dan menjatuhkan maruah agama Islam di negara kita. Bukti jelas dengan paparan video di bawah, mereka menghina laungan "azan dan solat" orang Islam. Malah, kejadian yang cukup menggemparkan ini berlaku dalam sebuah gereja di sana. Sama ada perkara ini disedari atau tidak, sama-samalah kita mengambil perhatian dan iktibar atas perkara ini. Natijahnya, rakyat Malaysia perlu diajar saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jika inilah keadaannya, maka pihak berkuasa haruslah menjalankan siasatan yang rapi untuk menahan dan mendakwa pihak terbabit. Penghinaan itu amatlah memalukan dan menjatuhkan maruah Islam. Jika kerajaan boleh menagkap dan mendakwa Blogger Aduka Taruna kerana menghina Almarhum Sultan Johor, maka mengapa tidak kepada mereka yang terlibat dengan jelas adengan ini?.[Kami amat terkejut dengan adengan yang dilakukan ini. Mereka begitu gembira melakonkan babak-babak dalam solat sambil menghinanya. Memandangkan kejadian ini dirakam dan dilakukan oleh para pelajar Sek.Men St.Augustine Betong Sarawak, maka itu diharapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipimpin Oleh TPM Muhyiddin Yassin dapat mengambil tindakan tegas atas perkara ini. Masalah yang berlaku, rakaman tersebut disiarkan dilaman Youtube. Ini menunjukkan seolah-olah mereka sengaja mahu menyakitkan hati Umat Islam di negara ini. Maka itu marilah kita bangkit menyatakan bantahan atas perkara ini. Sesungguhnya penghinaan ini amatlah keterlaluan buat kita semua. Bahkan kami amat yakin paderi dan orang Kristian sendiri tidak merestui perkara ini berlaku. Kita harus hormat antara sesama agama di negara kita. Barulah rakyat akan hidup aman dan sejahtera selamanya. !!].