BTC USD 84,327.5 Gold USD 4,284.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengguna kenderaan system keyless dan push start button harus lebih hati2

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
attachment.php


Pemilik kenderaan dinasihatkan lebih berhati-hati ketika memarkir di lokasi berisiko tinggi bagi mengelak kenderaan dicuri berikutan kewujudan lambakan peranti penggodam frekuensi yang boleh didapati dengan mudah di negara ini.
Golongan yang perlu mengambil berat mengenai perkara ini adalah pemilik kereta yang menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless).

attachment.php


Kecurian lebih mudah berlaku ke atas kereta dengan sistem kemasukan tanpa kunci susulan ia didatangkan lengkap bersama sistem penghidup kenderaan tanpa kunci (push start button).

Memetik laporan akhbar The Star hari ini, peranti yang berharga kira-kira RM150 itu boleh didapati secara dalam talian atau di beberapa gedung elektronik.

Difahamkan, peranti berkenaan boleh membuka kunci kereta dan memulakan enjinnya dengan hanya menggodam maklumat pengenalan frekuensi radio (RFID).

Menurut sumber, peranti tersebut boleh membuka hampir setiap kereta dengan kemasukan tanpa kunci.

"Malah, ada antara kelompok pencuri kereta terbabit sanggup merekrut penggodam bagi menjalankan kerja pemasangan perisian diperlukan ke komputer riba mereka dan mengajar mereka cara mengendalikan peranti itu.

"Terdapat tiga cara untuk mencuri kod untuk membuka kunci kenderaan ini. Pertama, peranti perlu dipasang pada komputer dan dijalankan dengan perisian pemantauan mudah (boleh dimuat turun secara percuma daripada Internet)," jelas sumber berkenaan.

Katanya, perisian itu menjalankan fungsi membaca kod yang dihantar antara kunci utama dan sistem kereta.

Kaedah kedua adalah dengan 'menyerang' sistem kereta di mana peranti penggodam akan bertindak menyiarkan isyarat meniru kod supaya ia bertindak balas dengan membuka kunci kenderaan.

Harus diketahui, proses itu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja (bergantung kepada pangkalan data kod penggodam).

Berdasarkan kajian dilakukan Allgemeiner Deutscher Automobil-Club (ADAC) yang berpangkalan di Munich, lebih 110 model dari 27 pengeluar yang berbeza berisiko dicuri berdasarkan sistem tanpa kunci yang mereka gunakan.

Jurucakap ADAC berkata, lebih 19 juta kereta berjaya 'dicuri' dengan mudah menggunakan peranti penggera frekuensi dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini.

"Kita (ADAC) bukan sahaja dapat membuka kunci kenderaan bahkan turut boleh menghidupkan enjin tanpa sebarang masalah.

"Setakat ini, pengeluar kereta masih belum menemui solusi terbaik bagi mengagalkan aktiviti pencuri kereta tersebut," katanya.

Tambahnya, pemilik kereta perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan seperti memasang peranti pengesan GPS, menggunakan immbobiliser, kunci stereng atau gear bagi menghalang kenderaan mereka dicuri selepas ini.

http://careta.my/article/kenderaan-dengan-sistem-keyless-dan-push-start-button-mudah-dicuri

https://www.thestar.com.my/news/nat...-keyless-entry-system-at-risk-from-a-hacking/
 

Attachments

Last edited:
pelik jugak....
aku tertanya-tanya, takkan takde ENCRYPTED COMMUNICATION (mcm token yg akan expired dalam masa 3 saat) between remote tu dengan kereta??

kalau takde encryption (atau kalau guna token sama je), memang senang le copy paste kunci remote tu...

aku pun tak reti jgk teknologi-teknologi IT mcm ni...
aku cuma bercakap based on PROGRAMMING side..

zmn skarang ni, untuk communication yg terdedah mcm ni, kebanyakannya semua encrypted....
whatsapp communication pun skrg encrypted...haha..
tapi pelik la kalau kereta model baru yg berjenama BESAR buat kunci keyless tanpa encrypted communication..

kalau KERETA jenama cap ayam, aku tak heran lah....
yang pelik, kalau kereta BMW, Honda (dan seangkatan dgnnya) buat kunci keyless zaman cap ayam...itu memang pelik...haha
 
Last edited:
ni mcm hack wifi guna beini je. ada adapter die
 
Alamak ingat guna keyless ni dah selamat rupa2 tak juga nampaknya kena pasang pedal lock la jawab nya
 
kena tambah Security kereta dengan meletak kunci tambahan..

aku cadangkan, pedal lock..
 
pelik jugak....
aku tertanya-tanya, takkan takde ENCRYPTION COMMUNICATION (mcm token yg akan expired dalam masa 3 saat) between remote tu dengan kereta??

kalau takde encryption (atau kalau guna token sama je), memang senang le copy paste kunci remote tu...

aku pun tak reti jgk teknologi-teknologi IT mcm ni...
aku cuma bercakap based on PROGRAMMING side..

Token kena beli dgn digicert kot hehe
Tapi sistem camni mmg betul takkan xde key yg expire
Frekuensi sama je kunci dgn kereta

Nasib baik tak mampu kereta keyless dengan push button ni
Patut push button tu kena ada kunci lain kot
 
Patutnya boleh offkan keyless entry fob tu..

Rajin2 check software keyless system tu, menda tu dah la manual update..
 
Kereta semakin canggih.. Pencuri pun makan advance.. Kena guna pengimbas jari lak lps ni
 
Back
Top
Log in Register