balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
SHAH ALAM – Pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air sejak malam kelmarin disebabkan pencemaran akibat tumpahan diesel di hulu Sungai Selangor dinasihatkan tidak panik kerana kerja pembersihan selesai dilakukan dan empat loji terjejas sudah mula beroperasi awal pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping, kerja pembersihan minyak tamat lewat malam kelmarin dan arahan untuk memulakan pam dikeluarkan tepat jam 12 tengah malam manakala loji pertama beroperasi jam 1 pagi.
Menurutnya, kesemua baki tiga lagi loji yang terjejas mula beroperasi semula jam 4 pagi, semalam bergerak pada kapasiti penuh sekitar 6 pagi dan air di kolam terlibat sudah mula diisi.
“Operasi pembersihan minyak mula dijalankan jam 5 petang, kelmarin. Pada awalnya, kita jangkakan keadaan sungai kembali seperti biasan kira-kira jam 8 malam, semalam tetapi untuk memastikan permukaan sauk betul-betul bersih daripada tumpahan minyak, tepat 12 tengah malam semuanya selesai, arahan pertama dikeluarkan bagi membuka semula loji terjejas.
“Setakat ini, air sudah mula memenuhi kolam dan bagi pengguna yang tinggal berdekatan kolam dijangka menerima bekalan air lebih awal berbanding mereka yang jauh tetapi masih lagi pada kadar tekanan rendah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, kawasan Klang akan mengambil masa lebih lama berbanding kawasan lain untuk menerima bekalan dan masalah ini dijangka selesai dalam masa 24 hingga 48 jam.
Bagaimanapun , pengguna dinasihatkan bersabar untuk mendapatkan air pada tekanan normal perlu mengambil masa lebih lagi kerana ia bergantung kepada faktor bentuk muka bumi dan saluran paip ke kawasan terjejas.
Sejak malam kelmarin, hampir sejuta pengguna air di tujuh wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dijangka terjejas berikutan pencemaran air akibat tumpahan minyak yang dikesan di hulu Sungai Selangor kira-kira jam 8 pagi, kelmarin.
Pencemaran itu menyebabkan operator empat loji iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) terpaksa ditutup sementara.
Kawasan terjejas adalah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak. Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pengguna-jangan-panik-1.197553