BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengemis pulangkan wang yang 'terjatuh'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SATU Video hasil arahan Pengarah muda, Jason Lim benar-benar menyentuh hati nurani rakyat Malaysia, siapa sangka sikap pengemis lebih mulia daripada sikap sesetengah manusia apa tidaknya video Jason Lim berjaya memaparkan betapa telusnya hati sang pengemis.

Video tersebut , yang berjudul “Greed - The Greedy Race” (Tamak – Bangsa Yang Paling Tamak) yang dihasilkan Lim bagi menguji sejauh mana masyarakat Malaysia bersifat jujur dan amanah tatkala melihat 'insiden wang terjatuh daripada poket seseorang'.

Video yang berdurasi selama empat minit itu bermula dengan 'aksi' seorang lelaki yang dilihat berjalan di kaki lima sekitar ibu kota, sebelum menjatuhkan wang kertas bernilai RM50, RM10 secara sengaja(berlakon) di depan mana-mana individu yang melalui kawasan tersebut bagi menguji reaksi mereka sama ada mengambil wang itu atau memulangkan semula pada pemiliknya.

Apa yang menyedihkan, pada babak awal memperlihatkan beberapa individu secara selamba dan tanpa rasa malu telah mengambil wang yang “dijatuhkan” oleh pemuda tersebut tanpa mereka sedari bahawa tindakan memalukan mereka itu sedang dirakam.

Namun, pada pertengahan rakaman, dan di akhir rakaman ada babak yang menyentuh hati, ketika lelaki itu menjatuhkan not wangnya secara kebetulan seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) melalui tempat itu, lantas wanita itu memulangkan wang itu, reaksi wanita itu ketika itu benar-benar meruntun hati.

Sementara itu, di akhir rakaman pula kelihatan seorang pengemis 'bersusah payah' memulangkan kembali wang yang terjatuh di hadapannya.

Momen itu, berjaya membuat ramai pelayar media sosial terharu menurut Zue Shaari babak akhir itu membuat dia menangis.

"Adegan yang menyentuh hati ialah reaksi pengemis itu, saya menangis," tulisnya.

Sehingga kini video yang dimuat naik di laman Facebook Jason Lim Productions telah mendapat tontonan lebih 1 juta kali dan dikongsi lebih 40,000 pengguna Facebook.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/pengemis-pulangkan-wang-yang-terjatuh-1.493722
 
rakyat ikut menteri...apa depan mata terus sapu
 
Boleh caya ke ..ntah pengemis tu sebenarnya pelakon
 
Da tgk kt fb...even pengemis tuh pelakon pun, kite kena amik moral dr citer nie
 
Dah tengok video ni...ramai selamba je lari tergesa gesa lepas kutip duit
 
ok da tgok vdeo...mesej yg disampaikan mmg bagus..good job.
 
Sepatutnya guna nota RM50 palsu macam LimitlessEXP @ Vincent Valentine buat, baru padan muka siapa yang ambil.
 
rakyat adalah cerminan kepada pemimpin

atau pemimpin cerminan kepada rakyat

bagus la rakyat kutuk pemimpin kuat mencuri dalam masa yg sama ramai juga rakyat yg suka mengambil hak orang lain :D :D
 
Back
Top
Log in Register