BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengedar mengaku pamer buku

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_03.1.jpg


Gerai yang mempromosikan bahan bacaan Israel dan agama Kristian pada PBAKL 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur ditutup sejak kelmarin.



KUALA LUMPUR – Manmin Publisher mengakui buku Bangkitlah Israel dan Pesanan Salib adalah antara yang dipamerkan di gerainya pada hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pengurusnya, Deborah Tang (gambar kecil) berkata, buku tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana terdapat permintaan daripada penganut agama Kristian yang tidak memahami bahasa Mandarin dan Inggeris.


Gerai yang mempromosikan bahan bacaan Israel dan agama Kristian pada PBAKL 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur ditutup sejak kelmarin.

“Ada kalangan penganut agama Kristian yang tidak memahami bahasa Mandarin dan Inggeris, jadi mereka meminta agar ia di*terjemahkan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pembacaan.

“Kami menyertai pameran buku ini untuk mempamerkan buku-buku berkenaan kepada penganut agama Kristian,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Buku Pesanan Salib itu turut diterbitkan dalam 59 bahasa lain termasuk bahasa Sepanyol, Arab, Indonesia dan Tamil.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, PBAKL 2015 yang berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei ini terpalit kontroversi gara-gara tindakan sebuah gerai mempamerkan bahan-bahan bacaan yang mempromosikan bangsa Yahudi dan agama Kristian dalam bahasa Melayu.

Selain dua buku itu, terdapat dua buku lagi yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu iaitu Neraka dan Tuhan Pe*nyembuh hasil tulisan seorang paderi terkemuka berasal dari Korea Selatan, Dr. Jaerock Lee.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
 
Pokok pangkalnya keimanan dlm diri, kalau iman ada insyaALLAH translate dlm bahasa apa sekalipun tak ada masalah utk kita.
 
Pokok pangkalnya keimanan dlm diri, kalau iman ada insyaALLAH translate dlm bahasa apa sekalipun tak ada masalah utk kita.

Betul tu.. sebab tak semua cina/india yang pandai baca tulisan bahasa inggeris/cina. cuma yg menjadi pertikaian di situ ialah, diorg tak letak sign 'BUKU AGAMA UNTUK ORANG BUKAN ISLAM'. Kalau letak, tak jadi masalah. masyarakat malaysia ni terutamanya orang urban ni terutama semenanjung ni dah terlalu fobia.. macam nampak unsur2 freemason, terus mengelabah. nampak segi tiga, terus dikatanya freemason. pening dunia ada orang tak betul mcm ni
 
boleh agak puak spesis mana yg buat...huhhhhh
 
Back
Top
Log in Register