balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Yusuf menunjukkan bukti transaksi pindahan wang berjumlah hampir setengah juta kepada wanita yang mengaku sebagai Datin Jamaliah.
< 1 / 1 >
KULAIJAYA – Seorang dari Kulaijaya, di sini berputih mata apabila ditipu hampir setengah juta oleh seorang wanita yang mengaku sebagai ‘Datin’ dan boleh mendapatkan kontrak bernilai RM40 juta.
Pengarah Urusan PV Power Engineering Sdn Bhd, Yusuf Ali berkata, dia diperkenalkan dengan wanita berusia 50-an itu oleh rakannya dan mendakwa boleh membantu mendapatkan kontrak membekal pakaian beruniform untuk sebuah badan berkanun.
Katanya, selepas pertemuan pertama pada Jun tahun lalu, wanita dikenali dengan panggilan Datin Jamaliah itu mula meminta wang daripadanya dengan alasan sebagai wang proses untuk mendapatkan kontrak.
“Pada mulanya saya tidak mengesyaki muslihat wanita berkenaan kerana perwatakannya yang kelihatan baik dan meyakinkan. Saya mula memindahkan wang sebanyak RM15,000 kepadanya buat kali pertama.
“Selepas itu dia mula meminta lebih banyak wang sehingga saya melakukan pindahan sebanyak 36 kali dengan jumlah keseluruhan mencecah hampir setengah juta,” katanya ketika ditemui, semalam.
Yusuf berkata, dia turut mengalami trauma kerana diganggu ‘Ah Long’ selepas membuat pinjaman sebanyak RM60,000 dari agensi tidak berlesen itu apabila didesak oleh wanita berkenaan.
“Wanita itu mendesak saya membuat pinjaman dengan ‘Ah Long’ apabila saya beritahu sudah kehabisan wang untuk diserahkan kepadanya.
“Saya terpaksa menuruti saranannya kerana dia terus menabur janji untuk mendapatkan kontrak bernilai tinggi dan akan menyerahkan surat tawaran dalam tempoh sebulan,” katanya.
Katanya, dia mula mengesyaki ditipu apabila masih tidak menerima surat tawaran kontrak walaupun tempoh dijanjikan sudah melebihi sebulan dan banyak wang sudah diserahkan kepada wanita itu.
“Dua bulan selepas itu saya mula bertanya mengenai tawaran kontrak berkenaan namun dia sering memberi pelbagai alasan dan meminta tempoh tambahan.
“Selepas beberapa kali didesak wanita itu tiba-tiba hilang dan tidak dapat ditemui. Malah wang yang saya laburkan turut lesap,” katanya.
Yusuf berkata, dia segera membuat laporan polis pada Oktober tahun lalu dan terkejut mendapati terdapat dua waran tangkap pernah dikeluarkan ke atas wanita itu sebelum ini.
“Sehingga kini wanita itu masih menghilangkan diri dan wang saya lesap begitu sahaja. Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan lebih agresif.
“Saya juga berharap kejadian ini menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak tertipu dengan mana-mana individu yang mendakwa boleh mendapatkan kontrak bernilai tinggi,” katanya.