BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengantin pilih diarak naik ‘kubota’

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pengantin pilih diarak naik ‘kubota’​

GELI-PENGANTIN.jpg

TANGKAP layar menunjukan pasangan pengantin diarak dengan menggunakan kubota. - AGENSI

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia mencuri perhatian selepas sepasang pengantin memilih untuk diarak menggunakan sebuah traktor dihias indah dengan belon dan dekorasi bertemakan warna merah jambu, lapor agensi berita kumparan.

Menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini, pasangan mempelai dilihat gembira duduk di atas kenderaan pertanian itu sambil melalui kawasan perumahan dengan disaksikan penduduk kampung.

Berbanding menggunakan kereta mewah seperti kebiasaan, mereka memilih traktor sebagai kenderaan pengantin.

Dengan sentuhan dekorasi kreatif, kenderaan pertanian itu berubah menjadi sarana perarakan yang unik dan penuh warna-warni.

Perkongsian video berkenaan menuai reaksi positif pengguna media sosial.

Ramai yang menilai konsep ringkas tetapi  kreatif itu sebenarnya membuatkan perkahwinan terasa lebih bermakna dan berbeza daripada biasa. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register