TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Alor Gajah: Persandingan pengantin baru yang dijadual berlangsung di Kampung Ayer Paabas, di sini, terpaksa dibatalkan selepas bapa pengantin perempuan meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Gelam, dekat sini, semalam.
Kejadian disedari seorang ahli keluarga, Hasmah Jantan, 50-an, kira-kira jam 9 pagi apabila mangsa Md Yusoff Abdullah, 58, tidak memberi tindak balas ketika dikejutkan untuk bangun pagi.
Harian Metro difahamkan ketika kejadian pasangan pengantin, Izzatul Yusrah Md Yusoff, 27, sedang bersiap ke rumah suaminya Mohd Fauzi Yahya, 29, di Kampung Ayer Paabas, di sini, untuk majlis persandingan.
Abang ipar Md Yusoff, Ibrahim Nasir, 72, berkata, dia mengejutkan arwah untuk menunaikan solat Subuh, namun tiada tindak balas dan beranggapan arwah kepenatan kira-kira jam 5.30 pagi.
MOHD Fauzi (kiri) dan Izzatul Yusrah di sisi jenazah Md Yusoff, semalam.
“Saya panggil nama adik ipar berkali-kali supaya bangun solat Subuh, tetapi dia langsung tidak bergerak sebelum keluarga lain cuba kejutkannya jam 9 pagi, namun keadaan masih sama.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/articles/Pengantinduka//Article