assalamualaikum dan salam sejahtera...
saya ingatkan saya sorang ja kena..cuma perbezaan nya saya ialah berada di utara..kedai tayar continental berdekatan pasaraya billion dan pasar besar,Alor Setar.
Pada mulanya just suruh check tayar..pastu teringat nak anto kereta (wira auto) ke bengkel di tandop untuk tukar timing belt.staff continental ni beria-ia bgtau mekanik dia berpengalaman bleh tukar timing belt tu..jadi saya suruh la tukar..disebabkan hari dah petang,saya tinggalkan kereta di kedai continental tu.
esoknya staff kedai tu telepon kata tak bleh siap lagi sebab mekanik demam..pastu jumaat mekanik cuti...sabtu dia nak servis kereta tukaq minyak enjin/auto/brek/steering..ahad tak jugak siap..ari isnin dia cakap dah siap..kena charge RM1252..tekejut bewak gak la..saya tanya apsal mahai sangat..dia bley habaq distributor rosak sebab dah lama..saya dok moshkel dah sebab setahu saya enjin kereta saya ni blum la nak rosak menda pepelik lagi sebab 2bulan sekali saya rajin pi check computer box dekat bengkel di tandop,alor setar.tak pa saya terima jugak sebab dah tukar baru apa salahnya..jadi saya mintak kereta di hantar kerumah saya petang tu,tapi di cakap selasa baru dia anta sebab sibuk musim cuti sekolah.
selasa tu..dia mai anto kereta kebetulan saya takdak kat rumah..maka di terima oleh isteri saya tanpa sebarang curiga...pagi rabu tu saya test enjin..mak ai...bunyi enjin kereta saya dah bising..begegar..siap semput semacam lagik..berderau darah jugak risau sebab sebelum gi anto..elok ja bunyik enjin..tapi akibat sibuk saya tangguh dulu nak pastikan enjin kereta ni ok ke tak.
maka pada hari khamis saya try start enjin lagi sekali..dah la bunyi kuat enjin..semput semacam...enjin panas sampai nak sua tangan kat radiator pon bley rasa bahang semacam..tetiba ja bunyi macam minyak masak kita letak ikan nak goreng...terus ada kluar asap sket..maka saya amik tindakan terus anto ke bengkel kat tandop nih..sampai ja tokei bengkel terus keluar kedai terus dia kata "uih!aposal enjin ni jadi camni?"
jawapan tokei tu mudah..."depa salah pasang timing belt ngan belting enjin..pastu cuai tak check samada pasang betui ka idak terus dia pi start enjin"
"enjin kompom lari tune..takut kacau batang rod ngan pistone"
maka dah masuk seminggu kereta saya terpaksa di full overhaul..bajet dijangka RM2k lebey sket..tauke tu dok suruh pi serang ja kedai tu sebab kasik rosak...tapi setelah saya amik tindakan mintak nasihat tribunal pengguna..sekarang tgh proses nak tuntut semula duit servis RM1252 dengan duit overhaul tu sekali...baru ja print out borang 1 nih..esok nak pi submit...
terima kasih