Salam. Aku ada cerita nak kongsi sama korang. kereta aku rosak tak boleh gerak, jadi tarik ke sebuah bengkel baiki kereta. aku tak pernah pergi ke bengkel tersebut. orang tarik kereta yang tarik kereta ke sana. kedai tu ada tanda warna oren "Continental" besar. "Continental" spt korang tahu syarikat tayar jerman terkenal. nama kedai tu CN Auto Air-Cond Accessories Sdn Bhd. Alamat kedai tu kat No.1 Jalan Badminton, Seksyen 13, Shah Alam. Mekanik cuba test kereta tersebut dan bagitau rosak gearbox. Aku dengar dia quote price RM400. Aku pergi confirm dengan tokei bengkel dan dia kata RM1400. Aku cakap dengn tokei sebab apa harga dia lain dgn mekanik. Dia kata RM400 untuk manual, RM1400 untuk auto. kereta tu auto. hari tu tak de duit so parking kereta sebelah bengkel dulu.
Esok hari dtg balik dan kali ni jumpa mekanik lain. Tanya dia harga dia kata RM1400. Dia kata RM1400 termasuk semuanya sepeti used gearbox, labour charge/kos pasang, lain-lain. kemudian setuju aku setujulah baiki sebab nak bagi kereta gerak balik. Sebelum balik bagi 3 botol ATF (automatic tranmission fluid)/minyak gearbox auto yang beli sendiri dan bagi kat tokei dan minta potong harga sebab ATF beli sendiri. Dia kata ATF lain dan tak termasuk dalam RM1400. Sebelum ni kata RM1400 termasuk semuanya. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dia mintak beli satu lagi sebab dia kata kena pakai 4 botol. Mekanik kata kerja boleh siap sehari.
Esok aku datang nak ambik kereta dan bagi sebotol lagi ATF. Mekanik kata kerja tak siap lagi. Gearbox belum sampai dia kata. Dia kata esok siap.
Esok datang bengkel tu. Mekanik tu suruh beli satu lagi botol ATF. Aku tanya sebab apa kena beli satu lagi sebab tokei kata 4 botol dah cukup. Dia kata ATF tu dah jatuh ke bawah. Aku pun tak faham melayu mekanik India tu. Nampak gaya terpaksa beli satu lagi. Jadi beli satu lagi ATF. mekanik tu pun tuang ATF masuk dalam gearbox dengan enjin hidup. Kereta tu jenis wira. Dia tuang masa enjin hidup dan kipas pun terbangkan ATF atas enjin dan tak masuk gearbox. korang bayangkan kipas enjin wira kuat so terbangkan ATF tu dan tak masuk dalam gearbox. jadi aku suruh dia tuang dengan enjin mati. lepas tu tuang masuk dalam gearbox. lepas tu dia pun pergi. mungkin nak kejar customer lain. aku pun tunggu kat depan kereta sebab ada kereta lain block nak keluar. aku cangkung nak tengok bawah kereta dan nampak ada kesan bocor warna merah banyak kat bawah kereta. Mungkin ramai dah tahu, cuma info bagi yang tak tahu, ATF warna merah. Aku ingat ni mungkin bukan bocor, cuma mekanik tu yang jatuhkan ATF sebab dia isi ATF dalam gearbox dalam keadaan enjin hidup. Kemudian aku pergi kaunter bayaran. Masa kat kaunter, mekanik tu bagitau yang bila balik rumah nanti aku akan nampak ada kesan bocor merah besar atas tempat letak kereta tapi dia kata tu bukan bocor cuma ATF yang melekat enjin sebab diterbangkan kipas masa isi ATF dalam gearbox dalam keadaan enjin hidup. Dia kata esok datang balik untuk basuh enjin. Aku kata buat teruslah. Dia kata esok. Aku duduk jauh. Tempat tinggal berdekatan dengan kg taman tun dr ismail. ada dalm 20-30 km dari shah alam. menyusahkan betul mekanik tu. dia dah tahu duduk jauh suruh balik semata-mata nak basuh enjin. lepas bayar balik rumah.
esok hari aku dapati ada kesan merah besar bawah kereta macam mekanik tu cakap. aku ingat tak apa sebab mekanik tu kata sisa ATF yang melekat kat enjin. Tak pergi balik sebab jauh. Selepas beberapa minggu masih ada kesan merah lagi. Aku ingat mungkin sisa tak habis lagi. Kemudian satu hari aku bawa kereta, aku tak boleh pecut lebih dari 20 km sejam. Aku cuba tekan pedal minyak tak dapat pecut. Aku dapat rasa gearbox macam nak rosak/kong jadi patah balik rumah dan parking kat rumah. Aku dapat tahu yang mekanik tu menipu. yang sebenarnya gearbox bocor. gearbox tu ada kebocoran dan sebab tu banyak ATF bocor dan ada kesan bocor ATF atas lantai tempat letak kereta. Gearbox yang tokei tu beli pasang kat kereta gearbox yang dah bocor. Aku rasa kena tipu, aku pergi buat aduan kat TTPM (tribunal). Selepas sebulan bersidang dan presiden TTPM bagi award bengkel tu kena tarik kereta balik ke bengkel dan baiki balik kerosakan pada kereta tu dalam 7 hari.
Bengkel tu tarik kereta tu dan selepas 16 hari kereta kat bengkel tu baru siap. korang bayangkan 16 hari. aku tanya kat bengkel lain dia kata kerja macam rosak kat kereta tu cuma ambil masa 3 hari nak siapkan. bengkel tu siapkan dalam 16 hari. selepas hari ketujuh kereta kat bengkel tu, selalu telefon tanya pasal kereta dan dia kata belum siap. Memang jahat bengkel tu. Hari ke 16 telefon dia kata siap dan dia kata datang pukul 6 ptg. Aku pergi pukul 6 lebih. Sampai kereta masih dalam bengkel. Tunggu sampai lebih kurang pukul sembilan baru siap. masa nak pandu kereta balik aku dapati air-cond tak keluarkan angin lansung. aku tanya tokei bengkel sebab apa air-cond tak keluarkan angin sedangkan sebelum bawa sini okey je. mula-mula mekanik datang dan kata kena isi gas. kemudian tokei datang dan buat-buat macam nak baiki air-cond. kemudian dia kata dia nak tutup kedai dan nak hantar mekanik balik sebab mekanik nak masak. dia suruh datang esok. kerja tu mungkin tak ambil masa lama tapi dia tak nak buat. aku duduk jauh dan susah nak datang balik. aku pun pelik sebab air-cond tak keluar angin lansung. sebelum pernah jugak rosak air-cond tapi cuma angin keluar tak sejuk tapi kali ni tak keluar angin lansung. tak pernah berlaku sebelum ni kat aku. aku pun balik. aku tak percaya kat kedai tu. kalau pergi balik entah apa lain pulak yang rosak. aku dapat rasa tokei bengkel tu sengaja rosakkan air-cond. Air-cond dengan gearbox tak ada kaitan seperti kata seorang mekanik lain bukan dari bengkel tu.
Aku pergi ke bengkel air-cond yang dekat kat pj dan dia periksa bahagian air-cond kereta dan dia bagitau yang bengkel tu keluarkan "blower motor" yang elok dan gantikan dengan "blower motor" yang rosak. "Blower motor" ni berfungsi untuk meniupkan angin. Sebab tulah tak keluar angin lansung. bengkel kat seksyen 13, shah alam tu tukar blower motor. Jadi aku minta pemilik bengkel pj baiki dan dia pasang blower motor lain yang elok dan angin keluar dari air-cond. kerja ambil masa beberapa minit je. lebih kurang 10 minit.
Aku beritahu sebab nak kongsi pengalaman perit kat kedai ni. Tokei menipu, mekanik menipu. Tokei, mekanik rosakkan kereta customer. Aku cuma nasihatkan tak payah lah pergi kedai macam ni. bahaya. bahaya untuk duit dan kereta. aku perit sampai sekarang. bengkel ni ada headquarters kat jalan tukul N15/N, seksyen 15, shah alam. bengkel tu pun ada tanda/sign 'Continetal' warna oren. Tokei headquarters adik-beradik dengan tokei kat bengkel seksyen 13. diaorang pun ada cawangan kat seksyen 9, shah alam dan cheras. Semua cawangan ad tanda 'Continental' warna oren. Nama bengkel ada CN kat depan macam 'CN Auto Air-Cond Accessories', 'CN Auto Tyre'. Aku cuma bagitau sebab aku tak nak korang lalui apa yang aku lalui. kalau korang nak hantar kereta ke bengkel diaorang, terpulanglah. aku cuma bagitau pengalaman aku. aku cadangkan korang hantar kereta kat bengkel yang jujur. pemilik bengkel dan mekanik-mekanik jujur. hantar kereta ke bengkel jujur, duit tak kena tipu, kereta pun elok.