BTC USD 80,888.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Pengalaman Temuduga (Interview)

latest iv aku kat phone je..huhu maklumla interviewer oversea. yang penting selawat la banyak2 mintak mak ayah doakan sekali
 
Aku pnh gi interview kt menara mara utk practical. Skali tiba2 satu board interview siap dgn vice president 4 org duduk sebaris cam nk interview cari ceo baru padahal practical je pun. Nk tercirit kt situ
 
aku selalu intviu orang.. yang confident slalu aku amik utuk nxt intviu, English broken belakang kire. dah lame keje nanti ley improve..
 
6 tahun lepas aku dtg, penemu duga suruh terangkan osi 7 layer je hehe. lain takda pa pun
 
Tu yg tanya

Den last batch itm sebelum tukar uitm

Aku plak tgh2 program itm transform tukar uitm. Berterabur kelas. Time cuti semester ada kelas. Ada subjek yg kn abiskan dlm masa 2 bln walaupun senior aku habiskan dlm masa 1 semester. Maklumlah kursus 4 tahun nak dijadikan 3 tahun. Stressss
Dulu interview segala persiapan sijil aku bawak. Lepas 18 tahun aku dtg interview bawak diri aje. Bidang aku ni company x besar mana pun
 
Last edited:
Aku pnh gi interview kt menara mara utk practical. Skali tiba2 satu board interview siap dgn vice president 4 org duduk sebaris cam nk interview cari ceo baru padahal practical je pun. Nk tercirit kt situ

aik sama la pengalaman kita.

aku interview kat unikl, (anak syarikat mara juga), 4 orang duduk depan .. dah la kena interview serentak ngan budak sorang lagi. so diorang tanya, kitorang dua jawab ikut turn ... giler.

memang cirit. haha.
 
Sebelum interview

Doa pada Allah agar dipermudahkan

Kalau dapat memang jodoh anda dengan tempat keje tue

Kalau tak jangan kecewa

Insyaallah ade rezeki di tempat lain

Sambil interview sambil tue biz ke

Kalau tak dapat keje

Mungkin rezeki anda lebih pada biz

Bukan semua manusia rezeki pada keja

Ade rezeki pada bisnes
 
Pengalaman interview satu company sampai 3x dalam tempoh 5 tahun! Tetap cuba utk msk company tu walaupun dah 2x xdpt sb x ckp pengalaman, yg kali ke-3 pn kalau ikutkan gagal... Tp rezeki Allah kita tidak dapat duga... Lps 2 bulan org lain lapor diri sy dipanggil balik utk isi kekosongan tu semula sb org yg first dpt offer gomen.
 
Last aku interview takde soalan pengetahuan am langsung. Sembang psl sykt, business, future plan. Aku tunjuk portfolio pastu dia brief project baru akan dtg. Bila boleh start kerja? Day one dah start handle project. Nasib dh ada anak buah.

Dtg interview smart. Skarang pakai tshirt jer. Kalau jumpa klien jer kemas sikit. Kdg kdg dtg kerja pakai selipar jer. Mcm harini aku dtg pakai selipar jer sbb nak solat jumaat.:))

ada keja kosong lg x? :)
 
Assalammualaikum,

Jom share pengalaman temuduga (interview) kalian. mana tahu boleh bg tips skali ke.:)cgrock:)cgrock

P/s: Semalam baru dapat interview setelah 3 tahun kerja. paling santai. fail sijil panel tk usik pun / tkda pn "please introduce yourself/your strength and etc. banyak lebih kepada berborak fasal current situation (industri) + current position. itu jela. 15-20 min :)):))

amacam result? dpt tak kerja tu
 
Back
Top
Log in Register