Salam,
Aku setuju dgn zkry juga. Ada hikmahnya....yg penting panjatkan doa kepadaNya, InsyaAllah akan di bantu. Itu yg aku buat.
Antaranya ada kes kawan pinjam nak kawin, aku pun bagi....tp lepas tu dia tak bayar & lost contact sampailah baru2 nie dia dtg tempat kerja aku dan bayar hutang tu, selepas 6 tahun.

Dia minta maaf byk2 sebab dia lambat bayar, sampai anak dah nak masuk darjah 1 baru dia dpt bayar. Aku terharu gak ada orang macam ni, so aku bagi dia balik sikit dr duit yg dia bayar aku tu utk persekolahan anak dia.
So bykkan berdoa...InsyaAllah Dia akan bagi dorongan kpd penghutang kita utk membayar, cuma mungkin lambat atau cepat saja...sebab ada ramai gak lagi yg tak bayar hutang aku....masa aku susah ni, takut pulak aku nak berhutang dgn orang takut tak mampu nak bayar, lagipun prinsip aku tak nak korek satu lubang utk timbus lubang yg lain, never ending story... tapi aku berhutang gak dgn bank masa aku wat bisnes dulu....tertonggeng juga....
Kepada orang yg berhutang pulak, amalkan doa berikut setiap kali sembahyang. InsyaAllah hutang walau setinggi gunung sekalipun akan mampu kita selesaikan (tak ingat baca di mana). InsyaAllah aku dah mula nampak kesannya selepas lebih dr setahun mengamalkannya...
Allahhummakfini bihalika anharamika wa arh' nini bi fadlika anmansiwaka...
Wallahua'lam