REMEDY KARUNG GUNI
CG Top Poster Club

- Messages
- 33,484
Paid Membership
- Joined
- Feb 11, 2008
- Messages
- 33,484
- Reaction score
- 414
- Points
- 136
BUKAN mudah bagi pelabur dagangan mata wang asing (forex) yang baru menjana keuntungan tinggi!
Itulah realiti yang dipelajari para pelabur baru yang telah mengikuti kursus-kursus forex.
Menurut mereka, ia mengambil masa yang lama untuk memahirkan diri dengan strategi-strategi yang sudah dipelajari.
Bagi Encik H. Khalid, pengalaman berdagang dalam mata wang asing (forex) mengajar beliau bahawa untung rugi adalah lumrah dalam setiap pelaburan.
'Apabila membaca iklan-iklan kursus forex yang menjanjikan pulangan tinggi, saya pun tertanya adakah ia satu gimik atau benar-benar boleh dicapai. Oleh itu, saya ingin mencubanya sendiri,' kata pegawai sokongan teknikal berusia 50 tahun itu, yang telah mengikuti kursus forex dengan kos $1,600.
Setelah mengikuti kursus forex di sini, beliau memberanikan diri membuka akaun forex untuk berdagang secara langsung.
'Saya letak $1,500 sebagai modal permulaan dalam mini lot. Dalam satu bulan, saya pernah untung sehingga $3,000.
'Pernah juga dalam satu hari, saya rugi sebanyak $500 hingga $600. Ada untung, ada juga rugi,' kata beliau.
Seorang lagi yang mengikuti kursus forex yang ingin dikenali dengan nama Encik Firdaus berkata pengalamannya berdagang dalam forex mengajarnya betapa pentingnya mengetahui risiko yang akan ditanggung setiap pelabur.
'Sebelum menjalankan dagangan jual beli mata wang asing, kita harus tanya kepada diri sendiri berapa banyak kerugian yang sanggup kita terima,' kata Encik Firdaus, 28 tahun, yang mendagangkan pelbagai mata wang seperti dolar Amerika, euro dan yen Jepun.
Dengan modal permulaan sebanyak AS$500 ($700), beliau berkata pelaburannya kini telah meningkat kepada AS$700.
'Berbanding dengan pelaburan jangka panjang seperti amanah saham, dagangan dalam forex memberi pulangan yang lebih pantas tetapi kerugian juga boleh berlaku dengan pantas,' jelasnya.
Namun, sebagai satu pengurusan risiko, beliau menggunakan mekanisme 'stop loss' atau sekat kerugian yang menghalang pelaburannya merosot lebih banyak daripada jumlah kerugian yang sanggup beliau hadapi.
Sumber: Cyberita