BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PENGALAMAN Claim Insuran MRTA.

leospirit

Fun Poster
Messages
166
Joined
Jan 15, 2008
Messages
166
Reaction score
3
Points
15
Assalamualaikum.

(Mortgage Reducing Term Assurance) MRTA adalah insuran rumah jika berlaku kematian,waris yg hidup tak perlu membayar balance hutang bank.

Adakah sesiapa disini yg berpengalaman claim MRTA?

Saya pernah buat claim bagi pihak makcik saya yg meninggal kerana barah,semasa meninggal rumahnya masih berhutang untuk 10tahun lagi.

Adakah bank otomatik akan stop minta bayar ansuran jika berlaku kematian?
Jangan harap! walaupun rumah tersebut masih ada MRTA yg valid kita kena urus sendiri,kerana insuran MRTA dan bank peminjam adalah dua pihak yg berasingan walaupun insuran tersebut anak syarikat bank tersebut.

Selepas berlaku kematian mereka akan cari penjamin atau waris ,dlm kes makcik,saya adalah penjamin mereka akan hantar surat warning jika lambat bayar lebih 2 bulan...
Apabila hubungi bank kenapa mereka minta ansuran pada saya sedangkan rumah makcik dicover oleh MRTA,mereka suruh saya menghubungi syarikat insuran MRTA untuk tindakan lanjut,lepas call syarikat tersebut baru tahu, kami kena ambil macam2 borang dan bukti kematian,contoh makcik saya meninggal disebabkan barah dan mati di hospital,maka kena jumpa doktor yg rawat untuk pengesahan dan dapatkan tandatangan dan cop hospital,bukti surat mati,repot kematian dan lain2 yg berkaitan,lepas kami dapatkan dokumen yg diperlukan masih kena menunggu hampir sebulan atau lebih,ansuran bulanan kepada bank tetap kena bayar seperti biasa selagi tak selesai urusan dari syarikat insuran MRTA.

Selepas sebulan bank hantar surat suruh kami selesaikan balance beberapa peratus lagi hutang rumah makcik,saya terkejut kenapa mereka tak dapat claim dari insuran MRTA ke? .rupanya rumah makcik saya ni pernah terbengkalai selama 7tahun..rumah tak siap sepenuhnya,developer menghadapi masalah kewangan dan stop pembinaan..apabila bank start bayar stage pertama kepada pemaju maka MRTA dah start cover..jadi kerana terbengkalai 7tahun cover berjalan dan menurun dari tahun ke tahun,tak kisah kunci dapat bilapun.
contoh katakan MRTA kita ambil 20thn,hutang bank 50k..maka untuk tahun pertama insuran cover 50k tahun kedua mungkin 48k begitulah seterusnya makin lama makin menurun..

Kalau rumah dapat kunci on time seperti dijanjikan ok,no problem..masalah akan timbul jika projek terbengkalai lama dan dapat kunci selepas lewat 7thn seperti kes makcik saya dan berlaku pula kematian..maka dalam 7tahun ni insuran makin lama makin menurun..sedangkan bayaran bank yg penuh hanya bermula selepas dapat kunci walaupun sebenarnya kita membayar ansuran yg lebih rendah tetapi itu adalah faedah bank kerana bank telah jelaskan contoh 30%-+ daripada nilai hutang...dalam kes makcik pihak bank hanya dapat claim 80% jumlah hutang dari syarikat insuran,bakinya kami kena langsai..sama ada bayar terus sekaligus atau bayar bulanan hingga selesai balance 20% tu,tak mahu bayarpun boleh hingga satu masa mereka akan lelong rumah tu untuk dapatkan baki 20% tu!

fikirkan bagaimana pula nak claim MRTA kalau rumah masih terbengkalai kunci tak dapat tapi pemilik mati?

Jadi pengajaran saya dapat disini adalah,insuran MRTA memang dapat claim dan selesaikan hutang jika kunci rumah dapat on time,itupun segala urusan untuk claim mesti dilakukan oleh waris,kalau tidak bank akan menuntut kepada waris supaya bayar ansuran seperti biasa.
Projek terbengkalai atau lambat dapat kunci? alamilah pengalaman saya diatas.
 
pengalaman yg patut dijadikan iktibar kepada sesiapa yang tidak ada insurans/takaful.Selain MRTA, insurans/takaful yang cover pendapatan juga wajib ada...
 
Kadang2 aku rasa "financial tool" yg ada skrg ni.. baik islamic ke tidak masih banyak penindasan lagi kepada pengguna. Byk sgt karenah yg kita tak faham sehinggalah kita telah mengalaminya.. bila telah mengalaminya, ia sudah terlewat.. rasanya pengguna akan teraniaya sampai bila2...
 
Sistem di negara kita ini masih lemah!!
 
Saya sendiri banyak buat kes untuk perlindungan perumahan dimana saya akan sentiasa advise client saya untuk amik MLTA compare MRTA.
terusterang saya katakan, MRTA mmg banyak kelemahanya berbanding dengan MLTA. Antara sebabnya:

MRTA polisi bukan milik anda(ownership of policy) jadi anda takan tahu menahu isi kandungan polisi tersebut. MRTA ni umpama company Group medical card cuma bezanya anda kena bayar sendiri untuk MRTA.

MRTA maksudnya Mortgage REDUCING Term Assurance.Perkataan REDUCING itu sendiri jelas menunjkan ia tidak cukup komprehensif untuk melindungi pinjaman perumahan anda.Bayangkn pinjaman asal anda 20 tahun dan MRTA cukup2 cover untuk 20 tahun.Apa akan jadi jikalau pinjaman itu dipanjangkn disebabkan perubahan interest (BLR), adakah bank atau pegawainya akan memberitahu anda perlindungan MRTA tidak mencukupi untuk melindungi baki tahun pinjaman tersebut?? Memang TIDAK la jawapanya!

Saya banyak berkongsi berkenaan MRTA vs MLTA ini dan alhamdulillah selepas penerangan saya ramai yang tersenyum, dan response yang saya sering terima dari client saya , "tak pernah tahu pun ada pelan mcmni"

Tolong jangan minta saya explain konsep MRTA vs MLTA dengan email atau on the phone kerana ia agak sukar untuk saya terangkn dengan method itu.Ia suatu perbincangan yang serius dan melibatkn teknikal aspek yang perlu diterangkn FACE to FACE.

Keapda sesiapa yang berminat untuk tahu lebih detail mengenai konsep ini, saya ada buat consultation dari A to Z dimana saya just kenakan RM50 bg mereka yang mempunyai polisi sendiri dan tidak tahu bagaimana nak menggunakanya untuk advantage anda.
Bukan niat saya untuk buat duit dari ini, tetapi untuk berlaku adil juga pada usaha saya untuk mempelajari ilmu ini dan juga mengelakan org2 tertentu ambil advantage terhadap diri saya.
Bagi mereka yang ambil perlindungan MLTA dengan saya, RM50 akan dipulangkan.

Kepada TT,Thanks for sharing.. :)cgrock
 
masalahnya ada bank mcm paksa kita amik mrta dgn mrk. bila tanya pasal mlta, haram pegawai tak tau.

aku dgn public bank, terpaksa amik. tp aku ambil 5 tahun je. sbb target aku lepas 5 tahun tu nak tukar ke MLTA. boleh ke bro mcm tu?

cimb bank plg minimum 10 tahun. maybank push aku amik 40 tahun. giler.

yg untung, aku beli rumah dr developer yg dah siap.

risau aku kalo aku mati tingalkan hutang yg banyak pada anak bini. :( ~X(
 
masalahnya ada bank mcm paksa kita amik mrta dgn mrk. bila tanya pasal mlta, haram pegawai tak tau.

aku dgn public bank, terpaksa amik. tp aku ambil 5 tahun je. sbb target aku lepas 5 tahun tu nak tukar ke MLTA. boleh ke bro mcm tu?

cimb bank plg minimum 10 tahun. maybank push aku amik 40 tahun. giler.

yg untung, aku beli rumah dr developer yg dah siap.

risau aku kalo aku mati tingalkan hutang yg banyak pada anak bini. :( ~X(


katakan loan rumah Rm200k,selama 20 tahun..tapi ambik MRTA hanya selama 5 tahun....

Tahun/////Baki Loan Akhir Tahun ke-x/////MRTA Cover Sebanyak awal tahun ke-x

Tahun 1/////192,968.89/////200,000.00
Tahun 2/////185,069.37/////162,630.53
Tahun 3/////177,507.22/////123,989.78
Tahun 4/////169,676.11/////84,034.51
Tahun 5/////161,566.47/////42,720.00

..saya rasa lebih kurang macam tu lah..
any forummer nak perbetulkan penerangan diatas..?
 
Last edited:
baru la nampak sikit perbezaan MRTA & MLTA :o:o
 
masalahnya ada bank mcm paksa kita amik mrta dgn mrk. bila tanya pasal mlta, haram pegawai tak tau.

aku dgn public bank, terpaksa amik. tp aku ambil 5 tahun je. sbb target aku lepas 5 tahun tu nak tukar ke MLTA. boleh ke bro mcm tu?

cimb bank plg minimum 10 tahun. maybank push aku amik 40 tahun. giler.

yg untung, aku beli rumah dr developer yg dah siap.

risau aku kalo aku mati tingalkan hutang yg banyak pada anak bini. :( ~X(

bank mmg akan paksa suruh ambil sebab diaorg nk kena jual produk mereka pada customer.tapi kalau customer ada pilihan sendiri, then bank xbleh nk buat apa2 sebenarnya.
bila bro sebut maybank, tersenyum aku.diaorg ni kalau boleh semua produk diaorg nk push kat kita.
just kongsi pengalaman aku deal dgn org2 maybank.masa aku dgn customer pergi ke maybak untuk sign LO,sedikit pun bank officer tidak cerita pasal MRTA.dia hanya suruh sign page ni,page sini juga.then customer aku pun (selepas diberi penerangan tentang MRTA vs MLTA) dia kata kat pegawai bank, dia xnk MRTA.terkejut beruk pegawai tu dengar.dia kata ini adalah wajip dan bla bla bla..tapi customer aku insist dia ada option sendiri.lepas pokpek pokpek jap antara cust dengan officer maybank tu,aku pun nyampuk dgn lemahlembut dan ckp kat pegawai bank tu, "mcmnila,kawan saya ni dh ada pilihan dia sendiri,dan dia tahu apa dia nak.apakata u proceed je dgn loan, dan u kuarkn satu amendment notice untuk exclude MRTA dari loan tu"
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun awal2 tu pegawai bank singa-nga ni berkeras juga nk jual produk dia.:)paid
 
Last edited:
katakan loan rumah Rm200k,selama 20 tahun..tapi ambik MRTA hanya selama 5 tahun....

Tahun/////Baki Loan/////MRTA Cover Sebanyak

Tahun 1/////192,968.89/////200,000.00
Tahun 2/////185,069.37/////162,630.53
Tahun 3/////177,507.22/////123,989.78
Tahun 4/////169,676.11/////84,034.51
Tahun 5/////161,566.47/////42,720.00

..saya rasa lebih kurang macam tu lah..
any forummer nak perbetulkan penerangan diatas..?

mak ai, kira rugi la beb? aduh. pening kepala. kena amik insuran hayat kot mcm ni. sbb ejen etiqa aku suruh jgn amik mrta. dia suruh amik qtiqa dgn dia. sbb kalo hilang upaya atau mati, etiqa kaver.
 
Back
Top
Log in Register