BTC USD 83,373.1 Gold USD 4,138.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengalaman buka company SDN BHD

modal berbayar company sdn bhd berape iyer?

Yuran pendaftaran bagi Modal Dibenarkan

Tertakluk kepada yuran pendaftaran masing-masing yang perlu dibayar kepada SSM, setiap Syarikat dibenarkan untuk mendaftar apa-apa jumlah modal dibenarkan, atau untuk meningkatkan modal dibenarkan pada bila-bila masa lain, dengan SSM.


Modal Dibenarkan (Authorised Capital) (RM) Yuran (Registration fee) (RM)

Up to 100,000 1,000
100,001- 500,000 3,000
500,001 to 1 million 5,000
1,000,001 to 5 million 8,000
5,000,001 to 10 million 10,000
10,000,001 to 25 million 20,000
25,000,001 to 50 million 40,000
50,000,001 to 100 million 50,000
100 million and above 70,000

http://www.1syarikat.com.my/modal-dibenarkan-syarikat-authorised-capital
 
kelebihan sdn bhd apa pulak?....selain ada orng tolong kira kan tax dan nilai tax yang mahal...apa lg kelebihan sdn bhd yeer

Di sini kami ingin menjelaskan berkenaan kelebihan menubuhkan syarikat sdn bhd atau bhd berbanding enterprise:

ENTERPRISE

LIABILITI TIDAK TERHAD: Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.
TIADA KESINAMBUNGAN: Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiknya.
KURANG KREDIBILITI: Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.
SUSAH UNTUK MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI: Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah atau hampir tiada pengecualian cukai diberikan kepada mereka.


SDN BHD ATAU BERHAD

LIABILITI TERHAD: Menurut perundangan, syarikat sdn bhd atau berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.
KESINAMBUNGAN BERTERUSAN: Pemilikan dalam syarikat sdn bhd atau berhad diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut. Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.
KREDEBILITI BERTAMBAH: Pada asasnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik syarikat setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd atau berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.
MENDAPAT PELBAGAI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI: Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd atau berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.


http://daftarsyarikat.my/?page_id=189
 
Salam, den ada perancangan nk buka syarikat sdn bhd.
Siapa tau company yang menawarkan charge berpatutuan dan service yang bagus...mungkin blh share.
Lagi satu slps dh setup sdn bhd macam mana nk register utk tax?

banyak bro, yang boleh buat. rasanya kat CG ni, jeb ada, radzi ada, aku pun boleh. tapi kalau aku, partner akulah yang buat. aku tak buat. malas.:D

tax registration sekejap je. ada form 9 dgn form 49, seminggu paling lewat dah boleh dapat no. C. nak buat sendiri pun boleh.

tax reg. ni, kalau sdn. bhd. bila bro dah aktifla. kalau masih dormant, tak perlu lagi.

gudlak TT.:)cgrock
 
lupa lak. lagi 1 info.

walaupun sdn. bhd., selagi liabiliti tu berkaitan statutory, macam EPF, socso, tax, pengarah masih lagi boleh didakwa sampai tinggal spenda.

kalau syarikat tu controlled company, kemungkinan untuk shareholders untuk didakwa pun masih terbuka, mungkin juga sampai tinggal spenda.

kalau syarikat tu buat pinjaman, dan pinjaman tu ditulis, jointly and severally guarantee by directors and/or shareholders, pengarah dan pemegang saham yang jadi guarantor masih lagi boleh didakwa sampai tinggal spenda.

jadi, do expect the same with LLP, walaupun dia kata limited liabilities partnership.:D
 
lupa lak. lagi 1 info.

walaupun sdn. bhd., selagi liabiliti tu berkaitan statutory, macam EPF, socso, tax, pengarah masih lagi boleh didakwa sampai tinggal spenda.

kalau syarikat tu controlled company, kemungkinan untuk shareholders untuk didakwa pun masih terbuka, mungkin juga sampai tinggal spenda.

kalau syarikat tu buat pinjaman, dan pinjaman tu ditulis, jointly and severally guarantee by directors and/or shareholders, pengarah dan pemegang saham yang jadi guarantor masih lagi boleh didakwa sampai tinggal spenda.

jadi, do expect the same with LLP, walaupun dia kata limited liabilities partnership.:D

Aku ingatkan untung sdn bhd ngan plt ni dr segi liabiliti bile kene sita harta syarikat je x kacau individu.. dulu mmg ade perancgan nk buat sdn bhd tp sbb komitmen ngan bab setiausaha tu trus xjd nasib baik ade option plt..
 
Aku ingatkan untung sdn bhd ngan plt ni dr segi liabiliti bile kene sita harta syarikat je x kacau individu.. dulu mmg ade perancgan nk buat sdn bhd tp sbb komitmen ngan bab setiausaha tu trus xjd nasib baik ade option plt..

kalau statutory ni, isunya dgn gomen bro. jadi, ada public interest kat situ. cara nak selamat, kena pastikanlah, sebelum kes masuk mahkamah, dah tak jadi pengarah dan pemegang saham.

loan pulak, untuk sdn. bhd., bank takkan bagi loan kecuali pengarah dan pemegang saham sain untuk jadi guarantor. kalau berhenti jadi pengarah, atau dah jual saham, pastikan dah dapat release letter dari bank. bank pulak, kebiasaannya, akan release sebagai guarantor, kalau pengarah atau pemegang saham baru nak jadi guarantor, dan bank terima diaorang untuk jadi guarantor. term guarantor ni yang ramai kantoi. gurantor kat malaysia ni lebih kepada indemnitor (penanggung), bukan penjamin.

kalau trade creditors plak, kengkadang ada agreement untuk pengarah dan/atau pemegang saham untuk jadi guarantor. ni kira sama kes dengan loan.

kawan aku, kes dengan EPF dah setel, dengan buat bayaran, walaupun dia hanya pegang 10% je. kalau ikutkan, dia dah stop jadi director dan sharelholders. tapi, form 49 dgn 32A tak pernah executed properly. jadi, dia kenalah.

yang sama juga, kena caj bangkrupsi untuk no.3, trade creditor. dah bangkrap dah pun, dan dah release dari bangkrupsi lepas buat settlement part dia. kena plak ada 2orang je director, memang dia kena bayar setengah jelah.:)) ni dgn company lain lak.

skrg ni, kes no.2. kes ni pelik sikit. dia dah release dari bangkrupsi baru bank hantar saman bangkrupsi balik. mungkin kena bangkrupsi kali ke 2. ada 4 directors yang juga shareholders kat comppany tu. 3 yang lain dah bangkrup, jadi bank takleh buat apalah. sekarang ni, bank minta dia setelkan full amount. bukan bahagi 4. tgh cari lawyer untuk handle kes ni yang bukan panel bank tersebut.

sdn. bhd., ada pengarah dan ada pemegang saham. ada kemungkinan yang ni orang berlainan. pengarah yang bukan pemegang saham, biasanya dipanggil service director dan ada employment contract. jadi, salah satu pihak boleh selamat.

LLP atau PLT plak, partners dikira partner. tak kisahla dia setakat sleeping partner, dan orang lain yang jadi managing partner atau tidak. jadi, dia akan tetap terkena kalau ada kes macam kat atas.

jadi, limited tu, hanya on paper sahaja bro. guarantor, kisah lain.
 
dorang akan sediakn semua ,form 9, form 24,form ...mcm2 form lagi la, surat sokongan utk buka akaun bank. semua tu dorang akan bagi beberapa copy utk kita berurusan dgn pihak bank etc nanti.

cth nya bila nak buat loan ke, buka current account ke....

selepas company kita ditubuhkan kita perlukan semua form2 tu utk berurusan dgn pihak bank dan PBT, nak resgister api, ait, majlis bandaraya...etc

Jangan lupa form 13a untuk nama syarikat..sian abam zonda xde nama company :">

pastikan standby nama lebih2 takut ada yang sama..

Perakaunan pun nanti jangan lupa kena audit yer..masb/FRS compliance..

#bestnyer ada syarikat sendiri..:)
 
Back
Top
Log in Register