Aku ingatkan untung sdn bhd ngan plt ni dr segi liabiliti bile kene sita harta syarikat je x kacau individu.. dulu mmg ade perancgan nk buat sdn bhd tp sbb komitmen ngan bab setiausaha tu trus xjd nasib baik ade option plt..
kalau statutory ni, isunya dgn gomen bro. jadi, ada public interest kat situ. cara nak selamat, kena pastikanlah, sebelum kes masuk mahkamah, dah tak jadi pengarah dan pemegang saham.
loan pulak, untuk sdn. bhd., bank takkan bagi loan kecuali pengarah dan pemegang saham sain untuk jadi guarantor. kalau berhenti jadi pengarah, atau dah jual saham, pastikan dah dapat release letter dari bank. bank pulak, kebiasaannya, akan release sebagai guarantor, kalau pengarah atau pemegang saham baru nak jadi guarantor, dan bank terima diaorang untuk jadi guarantor. term guarantor ni yang ramai kantoi. gurantor kat malaysia ni lebih kepada indemnitor (penanggung), bukan penjamin.
kalau trade creditors plak, kengkadang ada agreement untuk pengarah dan/atau pemegang saham untuk jadi guarantor. ni kira sama kes dengan loan.
kawan aku, kes dengan EPF dah setel, dengan buat bayaran, walaupun dia hanya pegang 10% je. kalau ikutkan, dia dah stop jadi director dan sharelholders. tapi, form 49 dgn 32A tak pernah executed properly. jadi, dia kenalah.
yang sama juga, kena caj bangkrupsi untuk no.3, trade creditor. dah bangkrap dah pun, dan dah release dari bangkrupsi lepas buat settlement part dia. kena plak ada 2orang je director, memang dia kena bayar setengah jelah.

) ni dgn company lain lak.
skrg ni, kes no.2. kes ni pelik sikit. dia dah release dari bangkrupsi baru bank hantar saman bangkrupsi balik. mungkin kena bangkrupsi kali ke 2. ada 4 directors yang juga shareholders kat comppany tu. 3 yang lain dah bangkrup, jadi bank takleh buat apalah. sekarang ni, bank minta dia setelkan full amount. bukan bahagi 4. tgh cari lawyer untuk handle kes ni yang bukan panel bank tersebut.
sdn. bhd., ada pengarah dan ada pemegang saham. ada kemungkinan yang ni orang berlainan. pengarah yang bukan pemegang saham, biasanya dipanggil service director dan ada employment contract. jadi, salah satu pihak boleh selamat.
LLP atau PLT plak, partners dikira partner. tak kisahla dia setakat sleeping partner, dan orang lain yang jadi managing partner atau tidak. jadi, dia akan tetap terkena kalau ada kes macam kat atas.
jadi, limited tu, hanya on paper sahaja bro. guarantor, kisah lain.