BTC USD 81,588.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Pengadil punca Mourinho terancam

teruna

Banned
Messages
319
Joined
Jul 23, 2008
Messages
319
Reaction score
13
Points
15
Jose_Mourinho1.jpg



MADRID – Nasib jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho ibarat telur di hujung tanduk setelah ketinggalan 16 mata di belakang Barcelona apabila tewas mengejut 2-3 kepada Malaga dalam aksi Keputusan kontroversi Mourinho yang merehatkan kapten, Iker Casillas daripada kesebelasan utama pada perlawanan tersebut telah mengundang kecaman peminat.

Untuk rekod, ia merupakan kali pertama Casillas diketepikan dalam tempoh 10 tahun yang menyaksikan penjaga gol kedua, Antonio Adan gagal menggalas tanggungjawab itu dengan sempurna apabila bolos tiga kali dalam perlawanan itu.

Ia juga kemenangan pertama Malaga terhadap Real dalam tempoh 29 tahun, sekali gus ketinggalan dua mata di belakang Real yang kini mengutip 31 mata.

Kejayaan Barcelona mengatasi Valladolid 3-1 dalam satu lagi aksi liga awal pagi semalam juga menambahkan tekanan terhadap Mourinho.

Begitupun, Mourinho sekali lagi menegaskan tidak akan meletak jawatan ekoran kekalahan itu.

“Saya tidak akan meletak jawatan dan tidak bimbang kedudukan saya terjejas atau tidak.

“Bagi saya, ketika ini prestasi Adan jauh lebih baik berbanding Casillas.

“Kami hanya menurunkan pemain yang terbaik, jadi saya tidak rasa ketiadaan Casillas menjadi punca kekalahan ini.

“Kerapuhan benteng pertahanan lebih merisaukan saya, bukannya ketiadaan Casillas,” tegas Mourinho.

Gol-gol Malaga pada perlawanan itu dijaringkan Isco dan Roque Santa Cruz (dua gol) sementara gol sagu hati The Galacticos dijaringkan pertahanan Malaga, Samuel Sanchez (gol sendiri) dan juga Karim Benzema.

Dalam pada itu, Jordi Roura terpaksa mengambil alih tugas jurulatih Barcelona, Tito Vilanova yang menjalani rawatan di hospital akibat masalah kesihatan sebelum berdepan Valladolid semalam.

Penyerang berbisa, Lionel Messi berjaya menjaringkan gol peribadinya yang ke-91 tahun ini bersama Xavi Hernandez dan Cristian Tello sementara gol sagu hati Valladolid dicetak oleh Javi Guerra.

Dengan kemenangan itu, The Catalan berjaya memenangi 16 dari 17 perlawanan musim ini apabila hanya seri 2-2 dengan Real Madrid, selebihnya berakhir dengan kemenangan.

“Ia satu keputusan yang bagus, ia pasti lebih bermakna jika Vilanova semakin sihat.

“Saya percaya, kami mampu membantu Vilanova jika memenangi perlawanan dan itulah yang pemain Barcelona lakukan,” kata Roura. – AFP
 
pengadil ohh pengadil..ingatkan malaysia dengan siam ja buat onar..
dengan Maurinho pon jd..nie msti pengadil KOREA tu lagi..kahkah
 
mingu ni CG dilanda demam pengadil dan pari-pari.
hahaha
 
saya tetap percayakan mourinho
dia tetapp terbaik
dia sembang ada isi
tak macam orang tu
HEHEHE
tapi mohon tactical MUFC lagi power dan berkesan untuk lawan tactical mourinho UCL bulan 2 nanti
payah nak jangka
 
Malaga mmg main cantik mlm itu. Knp lah media ini tak nak terima hakikat yg Mourinho is 'nothing'. Cuba tgk media Spain tibai Mourinho mcm mana. Kaw-kaw punya depa bagi. Fans Real Madrid lg lah. Menang pun diorang bersiul juga dkt Mourinho ini.
 
Back
Top
Log in Register