BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Pengadil VAR sahkan gol Haaland diberi 'cuti'

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Pengadil VAR sahkan gol Haaland diberi 'cuti'​

3647800.webp

VAR mengesahkan jaringan Haaland dalam aksi derbi Manchester di Old Trafford. Foto Agensi

PENGADIL Video Bantuan Pengadil (VAR), Matt Donohue dan pembantunya, Blake Antrobus tidak diberikan tugasan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini susulan kontroversi gol kemenangan Erling Haaland dalam derbi Manchester.

Kedua-dua pegawai berkenaan dijangka hanya kembali bertugas selepas tamat rehat antarabangsa.

Tindakan tersebut selepas badan pengadil Pro Ref mengakui berlaku kesilapan ketika mengesahkan jaringan penyerang Manchester City itu dalam kemenangan 1-0 ke atas Manchester United.

Gol Haaland pada babak kedua pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid, sebelum semakan VAR dilakukan dan keputusan itu diubah dengan mengesahkan kedudukannya tidak melanggar undang-undang permainan.

Bagaimanapun, Pro Ref kemudian mengakui pasukan VAR gagal mengambil kira pengaruh rakan sepasukan Haaland, Enzo Fernandez, yang berada pada kedudukan tidak ofsaid tetapi cuba memainkan bola dalam situasi berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Pegawai Pengadil, Howard Webb bersama pasukan pengurusan badan pengadil berkenaan sebagai susulan kepada kesilapan yang mencetuskan perdebatan hangat selepas perlawanan.

Ketiadaan Donohue dan Antrobus daripada senarai tugasan EPL hujung minggu ini dilihat sebagai tindakan susulan terhadap kontroversi yang tercetus, selepas jaringan Haaland akhirnya menjadi pemisah dalam pertembungan dua seteru Manchester itu.
 
yg bruno mars cam bapok berlakon masa dia kitai phil phoden tu pun kena revise jugak...

ni ref intern ke game ni???
yang tu memang ada contact bang...mmg red card pun.
cuma bruno patut dapat kad kunig sbb sepak bontot poden tu....
 
both yellow sepatutnya , Bruno mars yg pergi kitai Phoden dulu
tak la.. mmg poden entitle red kad sebab angkat kaki tinggi.. patut poden tu jangan balas.. buat2 sakit bontot..baru bruno kene kad kuning..
 
Back
Top
Log in Register