qaz123
Super Active Member
- Messages
- 5,645
- Joined
- Jul 12, 2008
- Messages
- 5,645
- Reaction score
- 169
- Points
- 78
kategori kumpulan asnaf (penerima zakat) iaitu:
1. Fakir
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
2. Miskin
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
3. Amil
Orang yang dilantik / diamanahkan oleh pemerintah untuk pengutipan dan penyelenggaraan hal-hal zakat.
4. Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam juga diberi bantuan supaya mereka teguh dan kekal mencintai Islam.
5. Riqab
Iaitu hamba mukatab yang ingin membebaskan atau memerdekakan dirinya.
6. Gharimin
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat.Golongan ini tertakluk kepada beberapa syarat iaitu orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya, hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak dimana hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
7. Fisabilillah
Fisabililah ialah kumpulan Asnaf yang sedang melakukan atau memperjuangkan perkara yang menjurus kepada keperluan untuk menegakkan syiar Islam.
8. Ibni Sabil
Orang Islam iaitu musafir yang berada didalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat pengembaraan itu tidak bertentangan dengan syarak dan pengembara itu mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
----------------------------------------------------------------