TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Tertuduh dibawa keluar dari perkarangan mahkamah.
SHAH ALAM - Seorang penerbit bebas sebuah program di stesen televisyen tempatan didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan merompak dan mencabul dua individu termasuk seorang datin, bulan lalu.
Mohammad Ferdaus Mashud didakwa merompak dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, 44, di Surau Al Ikhlas, Jalan Rabung U8/36A, Seksyen U8 dekat sini jam 1.40 petang pada 6 Oktober lalu.
Dia juga didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Lelaki yang beristeri dua itu turut didakwa merompak beg tangan milik seorang individu lain bersenjatakan parang panjang di Surau Raudhah At Muttaqin, Seksyen 4, jam 1.54 petang pada 18 Ogos lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Nurul Nadia Basri mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 disebut bersama Seksyen 397 kanun sama.
Prosiding berjalan berasingan di Hakim Mahkamah Sesyen, Sabri Ismail dan Majistret P Sharulatha.
Mahkamah menetapkan 4 dan 12 Disember untuk sebutan semula kes.
Pada 25 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan lelaki itu dicekup polis di rumahnya ketika bersiap-siap untuk melakukan jenayah sama.
Hasil soal siasat mendapati suspek turut terlibat dalam dua lagi kejadian sekitar Shah Alam bermula Jun lalu.
Kesemua mangsa dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM9,000 membabitkan barangan kemas dan wang tunai.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/penerbit-tv-nafi-rompak-dan-cabul-1.754413
Pakai jubah ke surau samun, cabul wanita solat
SHAH ALAM, 25 Okt — Seorang lelaki disyaki menyamun dan mencabul wanita di empat surau berasingan sekitar bandar ini sejak Jun lalu.
Penganggur 39 tahun itu, yang berlagak warak dengan berjubah, menjadikan wanita bersolat zohor sendirian sebagai mangsanya, lapor Berita Harian.
Menurut polis, lelaki yang ditahan 13 Oktober melakukan jenayah itu di:
Pertama, surau U8 Bukit Jelutong pada jam 1.41 tengah hari 23 Jun lalu;
Kedua, kelas KAFA Integrasi di Kelana Jaya pada 2 petang 28 Julai lalu;
Ketiga, surau Seksyen 4 di sini pada 3 petang 18 Ogos lalu;
Keempat, surau Al-Ikhlas, Bukit Jelutong pada 1.30 tengah hari 6 Oktober lalu.
Suspek ditangkap di rumahnya di Kelana Jaya pada jam 4.45 petang dan direman sehari kemudian sehingga esok.
Beliau disiasat bawah Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan kerana samun yang mencederakan dan Seksyen 354 kanun sama kerana mencabul.
http://www.themalaymailonline.com/p...i-jubah-ke-surau-nak-samun-cabul-wanita-solat