ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Keadaan runtuhan tembok yang berlaku akibat rempuhan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan di MMR2. (Pintu kecil berwarna putih adalah akses digunakan penduduk)
KUALA LUMPUR - Persatuan penduduk di Taman Bukit Maluri, Kepong di sini, terpaksa melantik sendiri kontraktor berikutan kegagalan pihak bertanggungjawab membina semula tembok pengadang bunyi yang runtuh berhampiran kawasan perumahan berkenaan.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk berhubung kejadian runtuhan tembok disebabkan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kira-kira seminggu lalu.
Bagaimanapun menurutnya, perkara berkenaan sudah dibawa kepada pihak berkenaan ketika di Parlimen baru-baru ini, namun masih tiada tindakan diambil.
"Ini kejadian kedua berlaku dan sebelum ini terjadi pada 2012. Ia mengambil masa beberapa tahun untuk dibaiki, itupun setelah aduan dibuat dan kes ditolak kepada beberapa agensi. Akhirnya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengakui ia adalah di bawah tanggungjawab mereka.
"Untuk kes kali ini, penduduk tidak boleh menunggu lama kerana tembok yang runtuh merupakan laluan keluar masuk penduduk yang mahu ke stesen komuter dan bas berhampiran MRR2," katanya.
Selain itu beliau berkata, ia turut membabitkan keselamatan penduduk kerana dibimbangi berlaku pencerobohan serta boleh memberi risiko kepada kira-kira 2,000 penduduk di kawasan itu.
Lip Eng berkata, lebih RM1,000 diperuntukkan oleh pihak persatuan penduduk bagi mengupah kontraktor membaiki semula tembok dan pintu akses berkenaan.
"Saya akan bantu mereka (persatuan penduduk) untuk menuntut kembali peruntukan yang dibelanjakan kerana ia adalah tanggungjawab agensi terlibat," katanya.
Menurutnya, situasi itu tidak sepatutnya berlaku kerana setiap aduan awam perlu diambil serius.
"Ini menimbulkan rasa tidak puas hati, mengapa apabila rakyat buat aduan, tiada tindakan? Takkan semua orang perlu beratur untuk jumpa menteri, baru ada tindakan? Adakah kaunter aduan yang disediakan hanya untuk tayangan sahaja?," katanya.