BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk S. Alam terus marah

yustaiping2

Active+ Member
Messages
2,670
Joined
Apr 7, 2008
Messages
2,670
Reaction score
42
Points
40
Penduduk S. Alam terus marah

Oleh RASMI ABDULLAH

SHAH ALAM 9 Ogos – Masyarakat Islam di sini yang marah dan kesal dengan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu dan Islam menyifatkan beliau telah membelakangkan agama apabila mengambil keputusan sedemikian.

Mereka berpendapat tindakan itu bukan sahaja melukai perasaan penduduk tetapi perasaan sama dirasai masyarakat Islam seluruh negara kerana seperti mempermain-mainkan agama Islam.

Penduduk Seksyen 18 di sini, Zulkifli Pakdak Karim, 61, mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak mengekalkan sahaja peraturan seperti pemerintahan semasa Barisan Nasional (BN) dulu yang tidak membenarkan arak dijual di kawasan majoriti Islam.

Menurutnya, tidak semestinya peraturan itu perlu ditukar untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang ingin melihat penganut agama Islam terus terpesong.

‘‘Saya sebagai rakyat pun keliru dengan pentadbiran sekarang terdapat banyak percanggahan hari ini cakap lain, esok lusa pula cakap lain.

‘‘Perkara seperti ini pun hendak dipolitikkan sedangkan sudah sah arak ini haram di sisi agama Islam,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, beliau kecewa dengan keputusan itu kerana hak orang Islam seperti sudah tidak ada kepentingannya lagi.

Seorang pesara dari Seksyen 8, Kamal Yusof berkata, tindakan itu seperti membenarkan penjualan minuman keras merata-rata tempat dan menggalakkan sesiapa sahaja membelinya.

Sepatutnya ujar beliau, penjualan arak dihadkan dan tidak dijual di kawasan taman-taman perumahan majoriti Islam.

‘‘Siapa pembeli di kawasan seperti itu, seolah-olah sasaran penjual adalah umat Islam di situ,’’ katanya.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri seperti ingin mencari populariti murahan dengan membesar-besarkan isu penjualan arak itu.

Kamal seterusnya berharap isu itu tidak mengelirukan masyarakat tempatan kerana yang pasti arak tetap haram.

Seorang lagi penduduk Seksyen 8, Mohd. Khalid Abu Hassan berkata, tindakan Menteri Besar itu seperti didalangi orang lain yang mahu melihat Islam terus terlibat dengan perbuatan yang ditegah agama.

Keputusan kerajaan negeri itu juga, katanya, seperti penghinaan kepada orang Islam dan beliau berharap orang Islam bersatu untuk mempertahankan agama itu.

Bagi Khairul Amir Mohd. Roslan dan Romaini Hazizan, 21, keputusan itu memudahkan remaja mendapatkan minuman keras atas perasaan ingin mencuba dan seterusnya menjadi ikutan kepada rakan-rakannya.

Dua penuntut di pengajian tinggi di sini, Harianti Shahril dan Noraini Abdullah berpendapat, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana golongan belia kini mudah dipengaruhi rakan-rakan mereka termasuk mengambil minuman keras.

Seorang pekerja swasta, Roslan Mohd. Rosl, 27, dari Sri Muda dekat sini turut tidak setuju dengan keputusan kerajaan negeri itu kerana ia seperti mendorong berlakunya kerosakan akidah dan masalah sosial.

‘‘Membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu dan Islam sebagai satu penghinaan dan amat dikesali,’’ katanya.

Bagi pesara Mohammed Amir Hassan, 60 dan Rashid Abu Bakar, 61, keputusan tersebut menunjukkan kepimpinan negeri sudah tidak sensitif dengan hukum agama Islam.

‘‘Kerajaan negeri tidak sensitif mengenai isu itu dan apa yang dikesali Menteri Besar merelakan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu di sini,’’ katanya.

_____________________________________________________________________________________________

masa BN xder arak kat kawasan majoriti ISLAM, dapat jer kat PR (DAPlaknat/PKR) dan PAS. Arak dijual berleluasa...

Inikan pula nak tutup kilang arak...
KERAjaan Selangor makin teruk..xboleh pakai... makin ZALIM

itu belum masuk kes RASUAH, SELEWENG WANG RAKYAT, NAK GUNA WANG ZAKAT, KES KONGSI GELAP dll
 
nanti naik parang kat muke2 cina nih.. aku x jamin. 1963 akan kembali?
 
ni berita amik dari mana nih? masa zaman bn la arak lagi berleluasa, kat supermarket, 7-11 penuh dengan arak2. Skang ni baru la nampak beberapa tempat yg majoriti islam dah amik tindakan takmo arak dijual tempat2 ramai islam ni.

Kat area umah aku dulu byk je kedai jual arak tapi skang dah kurang.

(TT highlight merah perkataan BN tu tapi sebenarnye itu la ayat paling kelentong dlm petikan tu harharhar)
 
hidup PR..seks didahulukan..arak diutamakan..
 
ni berita amik dari mana nih? masa zaman bn la arak lagi berleluasa, kat supermarket, 7-11 penuh dengan arak2. Skang ni baru la nampak beberapa tempat yg majoriti islam dah amik tindakan takmo arak dijual tempat2 ramai islam ni.

Kat area umah aku dulu byk je kedai jual arak tapi skang dah kurang.

(TT highlight merah perkataan BN tu tapi sebenarnye itu la ayat paling kelentong dlm petikan tu harharhar)

tu la pasal, pelik jugak aku...kelentong tahap dewa nih...
 
Alah ko pergi tengok kat T'ganu, Johor etc yg bukan PR perintah, takkan nak blame PR gak kerana arak2 di jual disana!!!! Dah lama, tapi sebab UMNO diamkan, ko rasa tak ada. Bila dah ada yg berani ambil inisiatif kearah kebaikan, korang kutuk!!!
Kat Melaka ladang khinzir pun di kawasan majoriti Melayu!!!!
 
Last edited:
bro...boring laa cite politik nih..... Ada lagi banyak cerita yang besar dalam dunia sekarang ni..... Kalau nak cakap pasal arak ni bn apa bezanya..... Arak merata rata dijual.......

Udah laa cakap pasal politik..... Ko takkan mengubah pikiran pemimpin selagi dia orang ubah siri dia orang sendiri..... Kalau ko jadi pemimpin pun ko akan buat tindakan yang tidak akan puaskan semua pihak...

Udah lah... Aku dah bosan pasal poolitik..... Meh lah cerita macam mana nak meningkatkan martabat kita...nak memajukan diri kita ....

BETUL TU PIJOE....banyak isu lain yang lebih penting sekarang ni...orang islam tak sembahyang, tak puasa, zinah, judi. Orang islam yang suka ke disko, kelab makam, melacur. Orang islam yang suka cari salah orang lain, fitnah, mengumpat, bunuh dll!
 
BN dulu tak membenarkan arak jual di kawasan majoriti Islam?
helo brader...lu dok kat mane?aku dah bertahun2 dok s.alam, jgn nk buat cerita la...utusan mloya boleh blah!
 
Back
Top
Log in Register