BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Pendang trauma.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Pendang: Kejadian puting beliung melanda Kampung Alor Besar, di sini, Selasa lalu, meninggalkan perasaan trauma kepada penduduk kampung terutama mangsa.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, sebelas rumah yang didiami kira-kira 50 mangsa dan Sekolah Kebangsaan Alor Besar rosak teruk.

Kejadian itu mengakibatkan banyak pokok tumbang selain menerbangkan bumbung, dinding dan peralatan rumah.

Bagaimanapun, mangsa kejadian tetap bersyukur dengan ujian itu kerana walaupun rumah mereka musnah, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Malah, banyak pihak segera tampil memberi bantuan bagi meringankan beban mereka.

Ini termasuk pemimpin masyarakat dan politik, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Banyak juga pihak yang berusaha mencari bantuan untuk membaiki beberapa rumah mangsa yang ada antaranya rosak sehingga 90 peratus selain kerosakan peralatan rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Alor Besar Norzizan Jaafar berkata gotong-royong membaiki beberapa rumah yang rosak pada bahagian bumbung dijalankan oleh sukarelawan.

Beliau berkata, semua kerja itu dilakukan kira-kira 30 ahli NGO, Belia Pendang dan pelajar GiatMara Pendang, yang menukar bumbung rumah mangsa yang terjejas.

Beliau berkata, mangsa terjejas bersyukur dengan pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan dan ada antara mereka menggunakan sumbangan awal itu untuk membaiki rumah masing-masing.

“Kita harap mangsa bersabar menunggu proses yang dilakukan pelbagai agensi untuk membantu mereka. Saya yakin semua mangsa terlibat akan dibantu bagi memulihkan semula rumah mereka yang rosak,” katanya.

Mangsa, Mohd Hafiz Abu Bakar, 31, berkata dia amat bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang disalurkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri bagi memulihkan rumahnya yang dilanda puting beliung.

Bapa dua anak berusia empat bulan dan dua tahun itu berkata, dia tidak mampu untuk membaik pulih rumahnya selepas keseluruhan rumahnya rosak teruk dan memerlukan kos yang tinggi untuk membina semula.

Mohd Hafiz, yang bekerja sebagai pemandu lori, kini menumpang di rumah ibu bapanya buat sementara waktu dan berharap pihak berwajib dapat menyegerakan proses membaik pulih rumahnya. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/node/2293
 
Kedah mmng slalu ada, tambah tepi2 sawah..
 
Anggaplah ni ketentuan Allah.. di melaka aritu pun kena gak.. banyak gak pokok yanhbtumbang, kereta terbalik, dinding2, atap2 yang roboh..
 
apa nak kata.. takdir.. tp sana ada kepala besaq syiah dok kat pendang.. dah mula boleh bermuhasabah tuk orang sekeliling.. jangan kerana ampa.. tuhan laknat bumi pendang.. pukul rata.. muhasabah diri la ramai2..
 
keberkatan bumi malaya sedang ditarik perlahan lahan, sedikit demi sedikit.
 
Back
Top
Log in Register