BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Palestin semakin menderita

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Sekumpulan penduduk Palestin yang terkandas akibat penutupan sempadan Rafah.
< 1 / 1 >
GENTING GAZA - Keadaan semakin teruk dari sehari ke sehari.

Keluhan itu antara yang sering diluahkan oleh kebanyakan penduduk Gaza yang menderita selepas kerajaan sementara Mesir menutup sempadan Rafah pada 19 Ogos lalu.

Seorang pemandu teksi, Khaled Jaradeh berkata, wilayah tersebut kini mengalami krisis kekurangan bahan api.

"Kami tidak pernah mengalami masalah ini walaupun ketika pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak," jelasnya yang dipetik laporan PressTV

Difahamkan, sejak rampasan kuasa pada 3 Julai lalu, hanya mereka yang mempunyai pasport antarabangsa dan pelajar perubatan dibenarkan masuk atau keluar menerusi sempadan Rafah.

Pada masa ini, ribuan penduduk termasuk pesakit dilaporkan terkandas sejak lebih sebulan lalu.

Timbalan Menteri Luar Hamas, Ghazi Hamed memberitahu angka penduduk Palestin yang menggunakan laluan itu juga telah menurun secara mendadak daripada 1,200 kepada 50 orang sehari.

Ramai pekerja yang terkandas di Gaza kini terpaksa menanggung risiko hilang pekerjaan kerana sempadan Rafah adalah laluan tunggal ke dunia luar.

Penutupan sempadan Rafah juga didakwa telah memberi kesan besar kepada 1.7 juta penduduk di Gaza dan tindakan itu dikatakan adalah lebih buruk daripada sekatan haram yang dikenakan Israel.

Sementara itu, Hamas terus menggesa kerajaan sementara Mesir untuk membuka semula sempadan Rafah bagi memudahkan penduduk Palestin menjalankan urusan harian mereka.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/penduduk-palestin-menderita-1.195302
 
Ulamak UMNO Fathul Bari suruh taat kpd pemerintah kudeta Mesir. Ini yg dia nak tgk agaknya. Penderitaan rakyat Palestin.
 
kudeta di mesir sebenarnya mahu melenyapkan bumi palestin, biar semua rakyat palestin mati kebuluran.
 
Lagi teruk dari sekatan israel.inilah jadinye bila islam liberal amik alih kuasa.
 
ya allah Kau berikan pertolongan pd umat islam di palestin. Teguhkanlah iman mereka. sesungguhnya mereka dianiayai oleh yahudi laknatullah. Engkau musnahkanlah yahudi sedasyat-dasyatnya sepertimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil untuk hancurkan tentera gajah musrikin. ameen....
 
Back
Top
Log in Register