BTC USD 50,448.2 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk lihat hukuman rejam

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
du_01.1.jpg

MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu​

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.

du_01.2.jpg

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.​

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

du_01.3.jpg

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi
 
Sponsored Post

kalau

CG Top Poster Club
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
aikk.......kalo nengok kat gamba pertama tue.....

siap kasi sign peace plak......tak takut mapuh mamat tue ekk..........
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
besarnye batu
 

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
jangan kata orang...gajah pun leh mati
 

kalau

CG Top Poster Club
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
yg tukang tikam plak cam pengganas.....

men tutup muka........
 

fotosintesis

Active+ Member
Messages
2,505
Joined
Dec 11, 2008
Messages
2,505
Reaction score
19
Points
25
besarnye batu

biar btl batu bapak besau tuuu. setau aku la saiz batu separuh dari depa guna utk rejam tu. ni da lebih besau ni... hmmm kalau nk btl2 kena wat betul2 la. nnt jwb plak kat akhirat. mcm hukuman sebat plak yang aku bace sebat bia sakit, jgn sampai cedera. sbb kalau cedera da jatuh seksa pesalah tu. kalau sakit sbb nk bg pengajaran.
 

Fx_L

Super Active Member
Messages
8,145
Joined
Jul 23, 2008
Messages
8,145
Reaction score
139
Points
73
batu besar2 tu..sebab nk kasi cepat mati kot..
ish2..menjalankan hukum Allah tp x mengikut kaedah sebenar..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register