balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Muadzam Shah: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes ragut dibelasah hingga lembik oleh sekumpulan peneroka FELDA Keratong 4, dekat sini, ketika dia bersembunyi berhampiran rumah seorang peneroka selepas dikejar polis, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berusia 20 tahun dan tinggal di FELDA Keratong 9 itu hanya mampu merayu supaya tidak terus dipukul kumpulan peneroka berkenaan yang dikatakan sudah lama berdendam dengannya.
Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Honda EX5 berwarna merah dikatakan berkeliaran di depan sebuah kedai pakaian terpakai dan tingkah lakunya yang mencurigakan itu diperhatikan beberapa orang awam.
Sumber berkata, pada masa sama, dua anggota polis yang kebetulan membuat rondaan cegah jenayah terserempak dengan suspek sebelum lelaki terbabit memecut motosikalnya menghala ke FELDA Keratong 4.
Bagaimanapun, cubaan lelaki terbabit yang bersembunyi di dalam semak berhampiran rumah seorang peneroka gagal apabila kelibatnya sudah diperhatikan dan penduduk mengambil kesempatan itu untuk mengepungnya.
Katanya, menyedari dia tiada pilihan, lelaki terbabit nekad ‘bertempur’ dengan kumpulan peneroka yang mengepungnya sebelum dia dibelasah beramai-ramai.
“Lelaki itu tidak mampu menahan asakan bertubi-tubi kumpulan peneroka yang mengepungnya dan meraih simpati supaya tidak terus dipukul.
“Suspek kemudian diserahkan kepada dua anggota polis peronda yang tiba di tempat kejadian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk membantu siasatan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya ketika dihubungi, di sini, semalam mengesahkan menerima laporan berhubung tangkapan terhadap lelaki berkenaan.
Menurutnya, berikutan tertangkapnya lelaki itu, polis yakin dapat menyelesaikan tujuh kes jenayah ragut di sekitar Bandar Tun Razak, dekat sini, yang dilaporkan berlaku sejak awal Januari lalu.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penduduklepasgerambelasahperagut/Article/index_html