BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk Kampung Durian Mentangau Bimbang Ancaman Beruang Matahari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
9c6acce02239c6438da86321b25216b8696b7ba0482ec

Perangkap sangkar besi dipasang oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu susulan kehadiran beruang matahari yang memusnahkan tanaman serta menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pekebun dan penduduk setempat di Kampung Durian Mentangau.

Sebanyak 1,300 penduduk di Kampung Durian Mentangau dekat sini bimbang dengan kemunculan seekor beruang matahari yang berkeliaran di kampung berkenaan, terutama pada waktu malam sejak dua minggu lepas.

Timbalan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Durian Mentangau Mazlan Mansor, 58, berkata keselamatan penduduk mula terancam selepas haiwan itu didakwa turut menceroboh kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau untuk mencari makanan baru-baru ini.

Mazlan berkata beliau pernah terserempak dengan beruang itu yang berkeliaran di ladang kelapa sawit berdekatan Loji Air Durian Mentangau pada 5.30 petang, 8 Jan lepas.

“Pada masa ini, penduduk mengambil langkah berhati-hati apabila keluar pada waktu malam kerana takut terserempak dan diserang haiwan liar itu.

“Penduduk juga risau akan keselamatan murid SK Durian Mentangau apabila beruang berkenaan dikesan memasuki kawasan sekolah,” katanya ketika ditemui di Kampung Durian Mentangau di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang sebuah perangkap di kawasan sekolah untuk menangkap beruang itu sejak dua minggu lepas.

“Penduduk berharap haiwan liar itu dapat ditangkap dengan segera sebelum kejadian buruk menimpa penduduk dan murid sekolah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Osman Ismail, 66, berkata, beliau mengalami kerugian kira-kira RM1,000 apabila empat daripada lapan pokok kelapa yang ditaman empat tahun lepas dirosakkan haiwan itu.

“Pokok kelapa yang dirosakkan beruang itu telah berputik dan dijangka mengeluarkan hasil tidak lama lagi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register