BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk gempar jumpa tapir sesat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Sepasukan kakitangan Perhilitan daerah memindahkan haiwan liar itu ke dalam pacuan empat roda sekitar jam 2 petang.
< 1 / 2 >
MARANG - Penduduk berhampiran kawasan Tanah Perkuburan Kampung Binjai Bongkok di sini, kelmarin, gempar apabila menemui seekor tapir sesat yang berada dalam kawasan tanah perkuburan bersebelahan jalan menuju Tebakang itu.

Tapir yang dianggarkan berat lebih kurang 200 kilogram itu tersesat ke dalam kawasan perkuburan kira-kira jam 11.50 pagi, sebelum kehadiran haiwan dikategorikan sebagai vegetarian itu ditemui penduduk kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Binjai Bongkok, Zulkarnain Adam, 45, berkata, bagaimanapun haiwan liar yang terperangkap dalam kawasan tanah perkuburan itu tidak mendatangkan ancaman.

Menurutnya, orang ramai mula memenuhi kawasan berkenaan termasuk merakam gambar haiwan itu yang tidak diketahui datang dari mana sebelum tersesat di kawasan itu.

“Tapir itu akhirnya berjaya diselamatkan sekumpulan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Marang yang berusaha memindahkannya untuk dihantar ke tempat selamat.

“Sepasukan kakitangan jabatan itu memindahkan haiwan liar itu ke dalam pacuan empat roda sekitar jam 2 petang untuk dihantar ke tempat lebih selamat dan jauh dari penempatan penduduk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Difahamkan, apabila haiwan itu diancam atau takut, ia mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga akan mempertahankan dirinya dengan menggunakan cengkaman kuku yang agak tajam sekiranya rasa terancam.
 
Haiwan ni memang berasal daripada Malaysia kan?

Dalam game FarCry 4 pun sebut Malaysian Tapir.
 
Back
Top
Log in Register