BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penduduk gembira Inas ditukar Ineh

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,471
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,471
Reaction score
1,051
Points
151

Penduduk gembira Inas ditukar Ineh​

231123-NSE-TukarNama-InasIneh-LEAD.jpeg
PAPAN tanda menuju ke Inas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kerajaan negeri bersetuju untuk menukar nama Inas kepada dialek tempatan, Ineh. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 23 November 2023, 8:00 am

KUALA PILAH: Penduduk di kawasan Luak Inas, yang terletak di antara daerah Kuala Pilah dan Tampin di sini gembira dan teruja apabila nama kawasan itu akan kembali mengikut dialek tempatan iaitu Ineh.

Seorang penduduk yang ditemui, Abdullah Pilus, 55, berkata, sejak dari dahulu lagi, masyarakat setempat tidak menyebut nama kawasan berkenaan sebagai Inas, sebaliknya Ineh.

“Ineh ini datangnya daripada cerita orang dulu-dulu, saya difahamkan sudah ada permohonan bagi pertukaran nama berkenaan dan jika nama bertukar, terdapat kemungkinan papan tanda juga ditukar mengikut ejaan nama kampung yang sebenar.

“Sebagai penduduk sudah tentu saya seronok apabila benda (nama) yang sudah lama kembali digunakan,” katanya ketika ditemui di Kampung Seginyeh Inas di sini semalam.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap dan Menjunjung Duli Tahun 2023 di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini baru-baru ini turut bertitah mengenai pertukaran nama luak berkenaan.

Titah baginda, Luak Inas secara rasminya dikenali dengan nama Luak Ineh.

“Untuk makluman semua, nama asal luak ini adalah Ineh yang berasal daripada perkataan jernih, iaitu mengambil sempena kejernihan air sungai dan air terjun yang ada dalam luak ini.

“Oleh itu, nama Ineh adalah wajar digunakan walaupun proses penukaran nama secara rasmi masih dalam tindakan kerajaan,” titah baginda.

Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penukaran semula nama Inas kepada Ineh itu telah dipersetujui di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan. – UTUSAN

 
Back
Top
Log in Register