BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Penduduk 'curi' jenazah Covid-19

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
751196.png


JAKARTA - Ratusan penduduk kampung Ambon di sini menghalang sebuah ambulans membawa jenazah pesakit koronavirus (Covid-19).

Menerusi rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan, ratusan penduduk menghalang sebuah ambulans dan membuka pintu untuk mengambil jenazah ahli keluarga mereka, lapor Tribunnews.

Dalam rakaman itu, penduduk juga menjerit dan meluahkan kemarahan kepada anggota polis dan petugas perubatan yang mengawal jenazah.

Penduduk memberitahu, jenazah itu meninggal dunia dipercayai bukan dijangkiti Covid-19, tetapi mempunyai penyakit lain.

Keadaan menjadi kelam-kabut, para petugas barisan hadapan terpaksa melihat penduduk 'mencuri' jenazah dari ambulans untuk dibawa ke rumah dan meninggalkan keranda jenazah di tepi jalan.

Ketua Polis Pulau Ambon dan Lease Island, Leo Surya Nugraha Simatupang Polis Pesuruhjaya berkata, kejadian itu didakwa berpunca daripada salah faham.

"Petugas perubatan telah memberi penjelasan sebaiknya bahawa pesakit itu meninggal dunia kerana wabak Covid-19. Akhirnya keluarga memahami.

"Mereka kembalikan jenazah tersebut kepada petugas perubatan dan dimakamkan di Warasia seperti saranan ahli keluarga," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/89964/GLOBAL/Penduduk-curi-jenazah-Covid-19
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
yang pegang jenazah tu tanpa pelindung PPE potensi positif agak2 ada tak
 
yang pegang jenazah tu tanpa pelindung PPE potensi positif agak2 ada tak
Ada...
Kes serupa dua bulan lepas tak silap kat indon gak. Jenazah covid, penduduk uruskan macam biasa, ramai2 jangkit dan meninggal.
 
COVID-19 | Penduduk 'Curi' Jenazah COVID-19

Lagi kisah mengenai jenazah pesakit COVID-19 yang dicuri oleh ahli keluarga dan penduduk kampung.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, ratusan penduduk menghalang sebuah ambulans dan membuka pintu untuk mengambil jenazah ahli keluarga mereka di Kampung Ambon, Indonesia.

#BuletinTV3

 
Back
Top
Log in Register