BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendidikan seks: Jawatankuasa ditubuh

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hari ini, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung polisi pendidikan seks di sekolah di negara ini.

Beliau berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai pakar-pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal-hal yang berkaitan.

"Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah-setengah negara yang sudah memperkenalkan (polisi ini) dan juga pakar yang ada di kementerian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah telah dibincangkan oleh banyak pihak.

"Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham bahawa ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan sahaja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.

“Jadi, saya bercadang untuk menubuh satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini (hanya menyuarakannya) kepada media sahaja, ada pakar kata bagus, ada yang kata tak bagus, ada yang kata sudah sampai masanya, ada yang bimbang macam mana cara... jadi hal-hal sebegini kita kena ambil kiralah sebelum kita putuskan,” katanya. – Bernama
 
jawatankuasa nih tujuan sebenarnya untuk apa..adakah tujuan utama adalah untuk
1.Berusaha menghalang seks diluar perkahwinan? ATAU
2.Berusaha menggalakkan seks yang selamat walaupun diluar perkahwinan (maksudnya boleh berzina tapi jangan buang dalam laa) ?
 
jawatankuasa nih tujuan sebenarnya untuk apa..adakah tujuan utama adalah untuk
1.Berusaha menghalang seks diluar perkahwinan? ATAU
2.Berusaha menggalakkan seks yang selamat walaupun diluar perkahwinan (maksudnya boleh berzina tapi jangan buang dalam laa) ?

tunjuk cara penggunaan kondom ngn betul,myb :-?:p
 
secara jujur,aku rasa penekanan dalam agama dan budaya ketimuran lebih memberi kebaikan dari subjek pendidikan seks..
macam barat pulak kita nih..
 
secara jujur,aku rasa penekanan dalam agama dan budaya ketimuran lebih memberi kebaikan dari subjek pendidikan seks..
macam barat pulak kita nih..

menteri kita pun kayu... mana ada idea yang bagus, semua nak tiru je.
 
apa la kerajaan

nak citer pasal seks, buat lah pendekatan agama

dalam agama kita pun dah citer banyak pasal ni

pastu citer balasan dalam kubur kalo berzina

dalam islam sendiri pun dah ada benda ni
 
Pendidikan seks ni peringkat sekolah ni memang perlu...tapi terpulang pada penerimaan pelajar dan juga ibu bapa...ada yg berpendapat ianya taboo. tapi ada juga yg pura2 malu..hati di dlm siapa yg tahu...kewujudan jawatankuasa pendidikan seks juga akan tidak bermakna,...sekiranya sekadar melakukan kerja seperti melepaskan batuk ditangga.

comment oleh:

Remedy
 
elok ajar la

kemudian lakukan suntikan agama di dalam pendidikan...baru betul

jangan cedok terus menerus dari barat........lakukan pengsulinan dengan ajaran alquran dan hadis

amin
 
nnt masa class mesti smua stim.. terutamanya lelaki,lagi meningkat ghairah,remaja la katakan...
 
Back
Top
Log in Register