BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendekatan PM tak wajar dipertikai

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir​

IPOH - Umno Perak berpendirian pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara tidak wajar dipertikai dan dikaburi dengan pelbagai persepsi yang membawa kepada tuduhan serta fitnah melampau, meskipun mengamalkan keterbukaan menerima pandangan, nasihat dan kritikan membina.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kepimpinan perdana menteri dalam membawa perjuangan Umno yang digagaskan pemimpin terdahulu merupakan kesinambungan dan menjadi tanggungjawab seluruh anggota parti untuk sama-sama membantu beliau menjayakan agenda parti.

"Badan Perhubungan Umno Perak berpendapat kesediaan perdana menteri tampil secara terbuka menjawab kritikan, tuduhan dan dakwaan memperlihatkan sikap keterbukaan dan bertanggungjawab beliau sebagai pemimpin.

"Justeru, Umno Perak menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada kepimpinan negara dan parti sekarang untuk melaksanakan agenda transformasi yang sedang berjalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Badan Perhubungan Umno Perak, yang bermesyuarat semalam, sebulat suara membuat pendirian akan bersama-sama dengan perdana menteri dalam meneruskan kepimpinan bagi kepentingan negara dan keutuhan parti.

Zambry juga berkata Umno Perak akan memastikan kesatuan keluarga besar parti itu di negeri ini terus dimantapkan dan mengelak serangan dari dalam terhadap kepimpinan yang boleh melemah serta memporak-perandakan UMNO.

"Sebagai tanda sokongan kepada perdana menteri, Badan Perhubungan Umno Negeri Perak bertekad untuk memastikan Barisan Nasional terus menerajui pentadbiran negeri ini," katanya. - Bernama
 
Ampu sana ampu sini, janji elaun ada
kenaikan lagi...
 
kipas mengipas sementara ada can..
 
nak buat camne...dah trend mana2 parti setia ngan orang atas x kira le betul atau salah, janji rock
 
Ampu sana ampu sini, janji elaun ada
kenaikan lagi...

bro pg la try minta jadi menteri....pastu jgn minta gaji tinggi rm1500 dahla...kalau ada kemudahan jgn ambik....pastu kutuk kaw2 ketua masing2...
 
bro pg la try minta jadi menteri....pastu jgn minta gaji tinggi rm1500 dahla...kalau ada kemudahan jgn ambik....pastu kutuk kaw2 ketua masing2...



Ye ye. Saya akan usaha sedaya upaya.
Mulakan dengan anda. Undi lah saya...

Hehehe.
 
pada yang tonton program soal jawab ngan dato seri najib tue... apa komen korang?... aku 30minit terus lelap, sedap sungguh jawabannya... steady pak menteri kami..
 
Back
Top
Log in Register