kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,701
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,701
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Pendedahan RCI Tabung Haji Tuntut Reformasi Sistemik, Perkasa Mekanisme Semak Dan Imbang
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) menuntut pembetulan sistemik dan disiplin proses dalaman yang berterusan.
Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Norman Mohd Saleh berkata mekanisme semak dan imbang dalam institusi pengurusan dana haji itu wajib diperkasa untuk mencabar serta memperhalusi setiap keputusan berisiko tinggi sebelum ia menjejaskan kepentingan pendeposit.
Beliau berkata amaran risiko daripada Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC) mestilah diintegrasikan secara mandatori dalam pembuatan keputusan Lembaga Pengarah bagi menjamin keselamatan dana umat Islam.
"Dalam Prosedur Operasi Standard sedia ada, amaran risiko kerap sekadar berfungsi sebagai nasihat yang boleh diabaikan... sistem perlu memberikan kuasa yang lebih besar kepada RMC untuk mempengaruhi keputusan strategik dan pelaburan sekali gus mengelakkan amalan memintas kawalan oleh pengurusan.
“Selain itu, TH wajar didedahkan kepada rangka kerja penyeliaan agensi luar secara khusus iaitu Bank Negara Malaysia bagi penilaian risiko kecairan dan kecukupan modal bagi pengurusan dana pelaburan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas aspek pelantikan, Norman berkata proses pemilihan menerusi Jawatankuasa Penamaan mestilah berasaskan garis panduan merit yang telus dan berintegriti bebas daripada pengaruh eksekutif mahupun dorongan politik.
Beliau berkata langkah itu penting memandangkan TH bukan sebuah syarikat awam tersenarai yang mempunyai Mesyuarat Agung Tahunan sebagai mekanisme akauntabiliti untuk “melapor dan menjawab” kepada pemegang taruh.
Norman juga berpandangan bahawa mekanisme kawal selia sedia ada perlu beralih daripada bersifat reaktif kepada bentuk pencegahan awal yang lebih proaktif bagi mengesan kelemahan sebelum ia menuntut tindakan pembetulan berskala besar.