BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendedahan bagaimana pengundi boleh 'diklon' oleh BERSIH

Demokrasi. hee...

Kasi bersih kauw2...

Demokrasi memang jijik.

:) :) :)
 
SPR Talibarut UMNO Dan Tidak Boleh Dipercayai!

a7f3560a75045803493b3db6384dec6a.jpg


Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi "klon", yang didakwanya sebagai pengundi hantu.

Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong (kiri) menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.

"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.

Empat kaedah tersebut adalah:

•Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;

•Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;

•Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan

•Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .

Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin "diklon" dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh "klon" bagi jenis pertama.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.

Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

a7f3560a75045803493b3db6384dec6a.jpg


Malaysiakini

http://www.youtube.com/watch?v=WedxDYagzOQ

2. Pakatan Rakyat menyeru rakyat Selangor menjawab cubaan pengundi ragu yang mahu merampas hak menentukan Kerajaan Negeri dengan turun mengundi beramai-ramai dalam PRU-13 nanti.

3. Pengundi hantu dipercayai antara penyumbang utama kepada pertambahan mendadak pengundi di Dun Balakong dan Bangi selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

4. BERSIH mempersoalkan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bahawa proses pilihanraya kali ini tidak dicemari dengan pelbagai masalah termasuk senarai pengundi meragukan.
 
alasan SPR

kalo kami menipu tak menang le yob 5 negeri kat pakatan

kah kah kah

zaman pak lah boleh la, kami ikut arahan dia je...dia bersih tadak main kasar beb

tengok la ni zaman sapa !!!!!! hehehehehehehe

hehehehehehehe
 
alamat no. tiang TNB pun ada. kenapa masih pakai no. IC lama. dh puluh2 thn mansuh
 
Bahaya klon ni...nak wat lawak tp nanti kena warning dr newbies plak...takot
 
alasan SPR

kalo kami menipu tak menang le yob 5 negeri kat pakatan

kah kah kah

zaman pak lah boleh la, kami ikut arahan dia je...dia bersih tadak main kasar beb

tengok la ni zaman sapa !!!!!! hehehehehehehe

hehehehehehehe

tapi bila depa pon kata pas kelantan tipu gak kita ajak depa join bersih x nak pulak...kahkahkah
 
alamat no. tiang TNB pun ada. kenapa masih pakai no. IC lama. dh puluh2 thn mansuh

dgn umno apa pon x mustahil...sulu pon leh dapat IC janji pangkah dacing senget je...kahkahkah
 
Back
Top
Log in Register