ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Sharif (dua, kiri) melancarkan buku ‘100 Usahawan Bumiputera Mardi 2014’ pada persidangan tiga hari bermula semalam disertai 150 usahawan bimbingan Mardi.
INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) merekodkan pendapatan usahawan di bawah bimbingannya berjumlah RM320 juta sehingga Disember lalu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sharif Haron berkata, prestasi pendapatan usahawan bimbingan agensi itu meningkat baik dengan 55.8 peratus iaitu mencapai tahap Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menerusi nilai jualan tahunan melebihi RM300,000 hingga RM50 juta.
Menurutnya, peratusan usahawan mikro dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000 masih tinggi iaitu 44.2 peratus.
“Sepanjang tahun lalu, lebih 3,300 usahawan diberi maklumat terkini berkaitan teknologi makanan, tanaman dan ternakan.
“Bagi tempoh itu,110 usahawan baharu sudah dibangunkan, sekali gus menjadikan usahawan dibimbing Mardi mencapai 301 orang dan 51 peratus sudah memiliki tahap IKS,” katanya di Melaka, semalam.
Menurutnya, daripada pencapaian itu, sejumlah 73 peratus berjaya memiliki pensijilan kualiti seperti Halal, Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal menerusi bimbingan, bengkel dan teknologi.
"Manakala, 47 syarikat berjaya menjadi usahawan eksport dan 97 syarikat memasuki jualan di pasar raya besar dengan kerjasama semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya.