BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapatan negara meningkat, tapi...

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA LUMPUR - Sejak lima tahun lalu, pendapatan negara telah meningkat kepada RM50 bilion namun ia dibazirkan apabila belanja mengurus kerajaan turut meningkat dalam tempoh yang sama.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kegagalan kerajaan menguruskan pendapatan negara sejak lima tahun lalu juga menyebabkan belanja pembangunan turut dikurangkan.

"Dari 2009 hingga 2013, semasa pendapatan negara semakin meningkat, malangnya perbelanjaan mengurus juga meningkat.

"... kerajaan Persekutuan berterusan memboros, sepatutnya belanja pembangunan untuk infrastruktur, sekolah dan kemudahan lain ditambah, bukannya belanja pengurusan," katanya dalam Forum 20 Sen di Auditorium Menara MPAJ, di sini, malam tadi.

Menurut Rafizi, peningkatan pendapatan negara lima tahun kebelakangan ini hasil daripada pengeluaran minyak negara.

Namun kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak menyebabkan Petronas terpaksa menyumbangkan lebih RM30 bilion setahun sejak 2008 hingga kini bagi menjana pendapatan negara.

Dalam pada itu, Rafizi menyifatkan pemimpin kerajaan sebagai "boros" kerana meneruskan amalan berbelanja secara tidak berhemah.

Dakwanya, ini termasuk perbelanjaan bagi perjalanan perdana menteri dan isteri ke luar negara, perbelanjaan pelbagai kempen politik termasuk IM4U dan pilihan raya pada PRU13 lalu.

"Sebenarnya kita ada duit, cuma kita tiada disiplin mengawal nafsu, pemimpin kita boros gunakan duit rakyat," dakwanya lagi.


sumber:www.sinarharian.com.my/pendapatan-negara-meningkat-tapi-1.201279
 
guna sehabis-habisnya duit rakyat pas tu gunakan macam2 alasan utk naikkan hargan minyak dan macam2 lagi utk kutip balik duit yang dibelanjakan itu.....tahniahlah sapa2 yang undi BN ni.
 
dasar pentabiran
berlandaskan nafsu

dalam kepala
kekayaan adalah segalanya
 
duit banyak cuba besarkan lapangan terbang kat kelantan ke.
bina highway kat kelantan ke.

melayu jugak yang rasa nikmat.
 
.....patut contohi sayang ku selangor.....2 penggal perintah dah simpan 2-3 billion...
......ini baru state....kalau negara....rase-rase kesihatan, pendidikan dah jadi percuma.....bilakah agak rakyat marhaien nak buka mata ni?...
 
beb....jgn ckp menteri2, pegawai2 kerajaan pun belambak habiskan duit.

kau bygkan pengarah yg gred besar, naik flight business class, pegi balik dah berapa?koman2 pun dekat 2ribu lebih kot..

so bygkan 50 je pegawai kerajaan naik business class MAS tiap hari (hari bekerja)....boleh dianggarkan begini
: 50 x 2500 : RM 125,000 (sehari)
20 hari bekerja x RM 125,000 : RM 2,500,000.....untuk sebulan.

ni x termasuk yg belanja meeting kat hotel, entertainment,sewa bilik hotel and etc....

banyak lagi boleh dijimatkan oleh kerajaan sebenarnya.setakat flight 1 jam lebih nk naik business class jgk ke?meeting 2 jam, 10 orang ahli, buat kat hotel jgk ke?boleh balik hari, nk tido hotel jgk ke?pastu bejalan guna kete ofis. xcaya? tgk kat rantau panjang, wakaf che yeh, atau tempat melancong yg lain diseluruh negara.anda akan nampak kete jabatan ada disitu.kalau siang maybe tgh bertugas/memantau ke apa ke, tapi kalau malam?????

aku kerja kerajaan, so ni REALITINYA
 
Last edited:
org yg x pernah merasa susah, payah la nk belajar berjimat..
 
Back
Top
Log in Register