BTC USD 83,454.3 Gold USD 4,173.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapatan Menteri & Timb Menteri ???

hehehe, alaaa otai2 porex nyer income mstilebih dari gaji mnteri kan..:D
 
itu la rezeki mereka sb telah mengorbankan diri tuk memajukan diri dalam dunia politik negara
 
melampau tul part bila derma bule claim balik.. cam tak ikhlas nak derma jekk
 
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

kalu macam ni, menteri bule derma rm1000 kat umah anak yatim pastu claim rm2000..:(scam:(scam:(scam:(scam
 
perghhh.....patutla dorg ni kaw-kaw main politik.........
masyukkkkkkkk.......
 
Aku tlg calculate basic salary + elaun Menteri Penuh dan Timbalan Menteri.

Berapa jumlah monthly kena bayar. (ini x termasuk elaun dan lain2 tuntutan)

RM55, 650.00 x 29 Menteri Penuh = RM1, 613, 850
RM50, 650.00 x 41 Timbalan Menteri = RM2, 076, 650

JUMLAH= RM3, 690, 500

Ni nak kena bayar sebulan kat depa semua. Rasa2 lebih lagi ni. Mau cecah 5 juta sebulan
 
Bagus sangat ke keje menteri2 ni buat sampai gaji sebulan rm50k. Klu betul wakil rakyat yang berjiwa rakyat tak perlu rase gaji sebanyak itu. Setakat rm20k pun dah cukup untuk hidup.

Di Malaysia ni gaji pokok pun rm700 campur elaun itu ini adalah rm1500. Cuba bandingkan antara gaji rm50k dgn rm1.5k. Berapakah perbezaannya???
Then, menteri2 ni plak suruh rakyat berjimat cermat sedangkan menteri2 ni membazirkan wang negara / wang rakyat dgn projek2 yang tak mendatangkan faedah langsung pada rakyat. Bila rakyat minta subsidi, dikatakan rakyat ni manja. Sedangkan itu adalah HAK rakyat untuk berkongsi hasil pendapatan negara.

Adakah ini adil untuk rakyat malaysia?? memang adil utk menteri2 yang bergaji rm50k, tapi utk rakyat yang bergaji rm1500.00 adakah adil utk mereka yang terpaksa menampung kenaikan demi kenaikan harga, kos hidup, tekanan hidup dan sbgnya. Akibatnya, cuba tgk dalam akhbar berita harian atau akhbar lain... hari2 ada saje kes rompakan sana sini, perkara2 yang boleh membimbangkan rakyat malaysia.

Jadi, bagus ke menteri2 ni buat keje.... pada saya nothing !!! menteri2 ni umpama makan gaji buta dan perabihkan wang rakyat saje.

Bukannya kita tidak sayangkan bumi Malaysia... tapi adakah menteri2 ni lebih sayangkan rakyat berbanding memwnuhkan poket mereka. Inilah kenyataannya... kenapa perlu dirahsiakan gaji menteri2 ni untuk pengetahuan rakyat. sedangkan menteri2 ni adalah pemegang amanah yg telah diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga dan mengurus hasil negara dengan lebih baik. Bukannya menjaga hasil negara seperti harta mak bapak mereka sendiri.

Kita pilih mereka dengan undi supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yg lebih baik dan menguruskan kementerian masing2 dgn lebih telus supaya dapat menyenangkan rakyat. Tapi ianya berlaku sebaliknya. Menteri2 ni yang tidak betul pengurusan hasil negara sehingga negara malaysia ni mengalami defisit dalam setiap perbelanjaanya. Tapi siapa yang dipersalahkan RAKYAT.. rakyat pula yg perlu berjimat cermat. Bila beras tak cukup disuruh pula makan keledek sebagai ganti. Bila harga gula naik, diminta pula supaya kurangkan gula dlm makanan. Bila minyak naik diminta pula utamakan pengangkutan awam sedangkan nak tunggu bas pun dah lama.. bila nak naik sesak macam tin sardin. Jadi apa yang bagus sangat menteri ni buat keje...

eloknya menteri2 ni di bagi gaji berdasarkan mutu atau perkhidmatan yang telah diberi kepada rakyat. Klu rakyat kata okey, baru bagi gaji. klu buat keje hampeh... takyah bagi gaji.
 
Back
Top
Log in Register