BTC USD 83,262.7 Gold USD 4,185.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapatan Menteri & Timb Menteri ???

ermm.. klau gaji menteri mcm ni petrol selitre 10 hengget pon dia bole senyum lagi..
 
Beruntung pak menteri..patut lah idup senang lenang :D
 
Oleh Wartawan TKO

Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia



asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Wilayah Persekutuan

sumber

Betul ke ni ?????

aiseyyy...penasihat pkr yg takada kerja tetap tapi tiap-tiap bulan obersea camna ekk...sure pencen menteri banyak masyuk....:D
 
Banyak tu dan padan laaa tak mahu lepas jawatan krn ada mcm2 insentif. Mcm2 claim ada mungkin ntah brpa % aje guna tu atau 100% tak guna langsung krn ada site income lain.Cukai kena ke idak tu????? Rakyat biasa juga yg sengsara
 
mcam ni punye gaji kenapa nak sibuk2 potong elaun kaitngan awam?
ptong la elaun menteri yg berpuluh2 ribu tu
 
aiseyyy...penasihat pkr yg takada kerja tetap tapi tiap-tiap bulan obersea camna ekk...sure pencen menteri banyak masyuk....:D

Jealous ke??? Banyak dapat jemputan berucap luar negeri, tu salah satu kerja dia... dah rezeki dia.....

Yg pergi obersi guna duit RAKYAT tu yg kena pantau!!!
 
Jealous ke??? Banyak dapat jemputan berucap luar negeri, tu salah satu kerja dia... dah rezeki dia.....

Yg pergi obersi guna duit RAKYAT tu yg kena pantau!!!

hahahaha...ya je la....layan....
gi obersi minum kopi dgn rpk...
 
mcam ni punye gaji kenapa nak sibuk2 potong elaun kaitngan awam?
ptong la elaun menteri yg berpuluh2 ribu tu

RAKYAT di ulu kan,
PEMIMPIN di tamak kan..kan, kan...
 
Elaun tuh la sebenar nyer duit rakyat, pada aku gaji basic menteri tempatan still rendah kalau nk compare dgn singapore, tp bab elaun tuh yg sukar nk terima akal... bygkan Elaun jer dah berkali ganda besar dari gaji..so that mean menteri2 nih dpt duit free tanpa byk alasan (hasil negara/rakyat), Perkara nih pernah dibangkitkan diparlimen tp x didedahkan di media.... Tuh belum lagi bayaran2 khas (tuntutan khas) yg tak diwartakan, kalau didedahka sure ramai terbeliak mata... (member aku anak bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri/penasihat agama Dr M), Aku sendiri pernah naik kete rasmi bapa dier...Mmg cam x masuk akal, tp nk wat cam ner dah diberikan oleh kerajaan...kene pakai gak....
 
Back
Top
Log in Register