BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai pendapat tentang PLKN

pengalaman

hehe dari Jurulatih PLKN :p

sejak dari 2004-sehingga sekarang.

Pandangan kepada :
salam kepada warga CG

ada sorang adik sepupu saya dipilih untuk ke PLKN.
parents dia tak berapa nak bagi dia pergi PLKN tu.
salah satunya dia ni jenis yg tak pandai berkawan, tak berapa outdoor dan manja la sikit

mungkin ada sesapa kats ini yg jadi instructor PLKN ke boleh bagi pendapat tak. ok ke dia. bukan apa, parents dia risau takut dia ni kena buli

kalau silap section, sorry yer, delete je la

salah satunya dia ni jenis yg tak pandai berkawan, tak berapa outdoor dan manja la sikit

Bagus masuk utk bagi pendedahan..

utk maklumat semua ade 4 modul teras:

Modul Pembinaan Karakter

Modul Pembinaan Karakter adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain. Di dalam komponen pertama, peserta melalui proses penerokaan diri sendiri, menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan), memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri. Peserta menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka, mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan, dan mengatasi masalah di dalam kumpulan semasa melalui komponen kedua modul ini. Melalui aktiviti-aktiviti ceramah, permainan, latihan dan lain-lain, peserta belajar tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri. Modul ini dilaksanakan selama dua minggu dan peserta dipimpin oleh jurulatih.

Modul Kenegaraan

Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Melalui elemen Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain. Peserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya melalui elemen Rakyat. Elemen Kerajaan pula membantu peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Peserta memahami kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan negara melalui elemen Kedaulatan. Cabaran dari dalam dan luar negara juga diperbincangkan supaya peserta menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan. Modul ini dilaksanakan selama tiga minggu dan pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-lain.

Modul Khidmat Komuniti

Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri. Dengan itu, sebagai langkah merealisasikan aspirasi tersebut, Program Latihan Khidmat Negara telah dilaksanakan dengan memperkenalkan beberapa modul tertentu kepada para pelatih yang berumur 18 tahun. Salah satu modul yang terdapat dalam pelaksanaan Program latihan Khidmat Negara ialah Modul Khidmat Komuniti . Modul khidmat komuniti mempunyai lima komponen utama iaitu kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan penempatan di Jabatan. Ini bermakna, sepanjang program berjalan, para pelatih akan melalui kelima-lima komponen tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan .

Aktiviti

Bagi melaksanakan aktiviti secara kolektif dan menyeluruh, aktiviti sepanjang siri dibahagikan kepada 5 pecahan komponen supaya wira dan wirawati mampu memahami aspirasi khidmat komuniti di antaranya ialah:

Kejiranan – Antara projek utama yang dijalankan ialah mengecat dewan orang ramai, pembahagi jalan, menceriakan taman, lawatan ke rumah-rumah jiran di kawasan kampong, melakukan program anak angkat dan pelbagai lagi.
Kemudahan awam – para pelatih turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti di lokasi-lokasi terpilih. Antaranya ialah pembaikpulihan perhentian bas, pembaikpulihan dewan masyarakat, memberi kesedaran kepada para pelatih dan masyarakat tempatan mengenai kepentingan kemudahan awam melalui ceramah ringkas, gotong-royong di rumah-rumah ibadat seperti masjid, kawasan kubur dan sebagainya.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam komponen ini adalah mendengar taklimat daripada institusi-institusi yang dilawat seperti Bengkel Orang Kurang Upaya, PENGASIH, hospital, klinik-klinik desa dan pelbagai lagi.
Aktiviti yang paling banyak dilakukan ialah gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan menceriakan kawasan sekitar.

Modul Fizikal

Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan. Di samping itu, peserta akan dilatih oleh para jurulatih untuk mempelajari melalui pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, membaca peta, kompas, latihan pandu arah, menyeberangi sungai, merempuh halangan, aktiviti menggunakan tali (litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, seni mempertahankan diri, aktiviti air, kembara hutan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama empat minggu di dalam dan di persekitaran tapak perkhemahan.

Malah sekarang ade modul2 sampingan yg masuk

PKRS (Program Kesihatan & Reproduktif Sosial,berkenaan Pendidikan Seks(katakan Ya, utk seks selepas berkhawin)
PPSB (Program budaya & sastera)

AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit,berkenaan Perancangan Kewangan )

RakanCop

Hari Sukarelawan

Modul Integrasi

Sub Modul Budaya Kerja

hehe hal islamik kita ade

Modul Smart Solat

utk mereka yg hadapi masalah pembelajaran membaca,menulis&mengira(3M)

I-Smart

Bab Asingkan pelatih wira/wirawati @ lelaki/perempuan ,fikirkan boss dunia sekarang Globalisasi kita perlu melihat dari kacamata lebih besar peluang/saingan&situasi didunia luar..Jangan sempitkan pemikiran kita dgn PLKN.DI sini bermulanya sesuatu utk anak kita belajar sebelum menempuh alam diluar sana yg lebih mencabar setakat hal jantina pun jadi isu kita takkan kemana hal yang lebih besar yg perlu remaja kita masakini hadapi diluar PLKN.

wassalam :)cgrock
 
Last edited:
hehe dari Jurulatih PLKN :p

sejak dari 2004-sehingga sekarang.

Pandangan kepada :

salah satunya dia ni jenis yg tak pandai berkawan, tak berapa outdoor dan manja la sikit

Bagus masuk utk bagi pendedahan..

utk maklumat semua ade 4 modul teras:

Malah sekarang ade modul2 sampingan yg masuk

PKRS (Program Kesihatan & Reproduktif Sosial,berkenaan Pendidikan Seks(katakan Ya, utk seks selepas berkhawin)
PPSB (Program budaya & sastera)

AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit,berkenaan Perancangan Kewangan )

RakanCop

Hari Sukarelawan

Modul Integrasi

Sub Modul Budaya Kerja

hehe hal islamik kita ade

Modul Smart Solat

utk mereka yg hadapi masalah pembelajaran membaca,menulis&mengira(3M)

I-Smart

Bab Asingkan pelatih wira/wirawati @ lelaki/perempuan ,fikirkan boss dunia sekarang Globalisasi kita perlu melihat dari kacamata lebih besar peluang/saingan&situasi didunia luar..Jangan sempitkan pemikiran kita dgn PLKN.DI sini bermulanya sesuatu utk anak kita belajar sebelum menempuh alam diluar sana yg lebih mencabar setakat hal jantina pun jadi isu kita takkan kemana hal yang lebih besar yg perlu remaja kita masakini hadapi diluar PLKN.

wassalam :)cgrock

hal hal mendekati zina tu benda besar.
ada sepupu kawan yg tak pernah kapel, masa kat plkn sampai boleh bg bf dia raba. nasib baik raba je

kenapa berimembuka ruang utk benda macam ni berlaku.
bukankah asingkan lelaki danperempuan lebih baik??
 
bagi aku PLKN ni perlu ada banyak perubahan. motif tu dah bagus dah. bab pergaulan diluar batas, diakui ada juga sebab aku pun bekas pelatih. banyak je kes, yang orang luar tahu pun banyak, yang tak tahu pun lagi banyak. tempat pun dalam hutan, bukan ramai sangat pun jurulatih nak jaga beratus orang dalam 1 kem tu. kawan aku dulu sempat lagi ber ehem dgn gf kontrak dia kat sana. skandal antara pelatih dengan jurulatih pun ada. siap ada video lg dulu.. hehe.

macam mana ni??
 
hal hal mendekati zina tu benda besar.
ada sepupu kawan yg tak pernah kapel, masa kat plkn sampai boleh bg bf dia raba. nasib baik raba je

kenapa berimembuka ruang utk benda macam ni berlaku.
bukankah asingkan lelaki danperempuan lebih baik??

Bila manusia itu mendekati zina walaupun telah diberi didikan secukupnya,adakah itu kesalahan didikan atau insan yang telah diberi didikan?

Pernahkah anda terfikir bagaimana pelajar perempuan di luar negara boleh survive walaupun kehidupan di sana lebih bebas?

Iman itu di dada.
 
PLKN kat malaysia ini x sehebat program khidmat negara mcm negara korea selatan dan singapore dan amerika pun...
 
hehe dari Jurulatih PLKN :p

sejak dari 2004-sehingga sekarang.

Pandangan kepada :

salah satunya dia ni jenis yg tak pandai berkawan, tak berapa outdoor dan manja la sikit

Bagus masuk utk bagi pendedahan..

utk maklumat semua ade 4 modul teras:

Malah sekarang ade modul2 sampingan yg masuk

PKRS (Program Kesihatan & Reproduktif Sosial,berkenaan Pendidikan Seks(katakan Ya, utk seks selepas berkhawin)
PPSB (Program budaya & sastera)

AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit,berkenaan Perancangan Kewangan )

RakanCop

Hari Sukarelawan

Modul Integrasi

Sub Modul Budaya Kerja

hehe hal islamik kita ade

Modul Smart Solat

utk mereka yg hadapi masalah pembelajaran membaca,menulis&mengira(3M)

I-Smart

Bab Asingkan pelatih wira/wirawati @ lelaki/perempuan ,fikirkan boss dunia sekarang Globalisasi kita perlu melihat dari kacamata lebih besar peluang/saingan&situasi didunia luar..Jangan sempitkan pemikiran kita dgn PLKN.DI sini bermulanya sesuatu utk anak kita belajar sebelum menempuh alam diluar sana yg lebih mencabar setakat hal jantina pun jadi isu kita takkan kemana hal yang lebih besar yg perlu remaja kita masakini hadapi diluar PLKN.

wassalam :)cgrock

on the surface,niat plkn tu baik.tp modul dia kurang dri segi ilmu pertahanan (kt singapore diorg smpi training overseas kt hutan brunei) n keagamaan.
yg ni pling kritikal sbb melibatkan maruah perempuan.takda peraturan ketat,kurg pngisian dri segi agama utk mnguatkan iman.tu yg brcampur laki perempuan prngai mcm monyet mengawan.

tu yg aku pelik,kt singapore yg lg advance sosial dia pun asing laki perempuan,inikan kita plak senang2 campur.adakah kita yakin iman kita kuat cm batu?

kalau nak point out msa bljar kt U lah,hdup sndiri lah pun sama expose sosialnya,smpi bila?kalau kena btg hidung sendiri sanggup ke nak tanggung masalah bila awal2 lg boleh kita cegah ngn elok?
kalau nak buat mcm apa yg plkn buat (M16 ka,camping hutan ka,flying fox ka) smua tu ada je kemudahan.boleh je buat dgn kluarga/org yg dipercayai.ni pelatih plkn pun ada yg kena cabul ngn cikgu diorg.

kalau masalah tt,soal dia tak pandai nak tolak tu yg jd kerisauan.kalau aku tmpt ko,biar kluarga n ibu bapa tnjuk dia dunia luar mcm mana n ambl pngajaran yg spatutnya.lama2 nnt pndilah dia brkawan,tak manja, n lbih brdikari.tu lg baik dri lepaskan dia blajar sndiri bila dia sndiri tak pndai nak tolak.kn nnt sapa yg susah kalau bnda2 buruk brlaku?
tp apa2 pun ni tt yg tentukan.

bg aku,jgn lah kita main2 soal maruah.

macam mana lak??
 
Bila manusia itu mendekati zina walaupun telah diberi didikan secukupnya,adakah itu kesalahan didikan atau insan yang telah diberi didikan?

Pernahkah anda terfikir bagaimana pelajar perempuan di luar negara boleh survive walaupun kehidupan di sana lebih bebas?

Iman itu di dada.

kat sini saya cuma nak tekankan, bukankah kalau diasingkan lelaki dan pompuan itu lebih baik?? setuju atau tidak??
 
kat sini saya cuma nak tekankan, bukankah kalau diasingkan lelaki dan pompuan itu lebih baik?? setuju atau tidak??

Sebagai seorang yang beragama Islam, saya setuju jika diasingkan.

Tapi dalam konteks dunia globalisasi sekarang, mungkin pendedahan masa PLKN itu boleh mendatangkan kesan yang positif.

Kalau diikut modul, memang akan ada kesan positif.Cuma terpulang pada individu sama ada untuk menerima pembelajaran atau tidak.

In your case, adik sepupu awak tu dipilih untuk pergi PLKN.

Instead of halang dia untuk pergi, kenapa tidak lepaskan,

Kalau keluarga dah bagi didikan yang betul,kenapa perlu takut untuk lepaskan anak ke dunia luar?

Kalau lelaki raba perempuan dengan kerelaan perempuan masa PLKN, adakah itu salah pihak PLKN atau individu yang terlibat itu?

Wallahualam.
 
sama tahun dan siri lah kita tuan, cuma beza saya dihantar ke kemaman terengganu...:D

abih module, mana yang couple kontrak 3 bulan tu berdating ler..bersusun2 je belakang kelas duk berdating...~X(

komen mmg tak boleh blah:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register