BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendapat anda tentang jemaah tabligh?

apa ye pendapat korang tentang jemaah tabligh ni ye ?
semalam aku sempat bergaul gaul dengan salah seorang jemaah tabligh di masjid tempat aku semalam , ada sorang pelajar ni meninggal kan pelajarannya semata mata ingin mengikuti jemaah tabligh dan sorang lagi sanggup ambil cuti tanpa gaji dengan meninggal kan anak bini dengan jemaah ini ..

kadang kadang bila aku fikir balik , seolah olah dorang memberat kan agama , apa bukan kah allah tidak memberatkan agama mereka selain kesanggupan mereka semta mata ? ..

Nabi mengnjurkan sifat fatanah, amanah, TABLIGH, siddiq.. Tabligh shj?? Yg 3 perkara ni diabaikn. Maka musnahlah...
 
Pengalaman aku join Tabligh masa zaman sekolah...

Rasanya nak join Alhamdulillah selagi ingat YANG KITA MASIH BERPIJAK DI MUKA BUMI,ada anak kena tunaikan hak anak,isteri, ibu,jiran dll. Kena bekerja sebab dengan WANG KITA BOLEH BANTU ORG LAIN bukan jadi FAKIR dan x mampu tolong org lain yg memerlukan...

Kalau ikut cara sesetengah org Tabligh yg x hanyut,diorg hidup tersusun ikut syariah dan x amal RIBA. Buat rumah mcm anai2,ada duit buat...
beli kereta kumpul cash. kereta murah yg terpakai dan berniaga. MEMANG RESPECT HABIS. Kita ni even Ustaz2 pun ada buat pinjaman rumah ratus2 ribu, pinjaman kereta puluh2 ribu... Akad atau tidak kita dah berada dilandasan RIBA,takut tergelincir.....
 
KISAH PENGALAMAN IKUT KAWAN PERGI PUSAT TABLIGH
di tulis oleh Meeze

Ahad, 1 November 2009
Jor Pekak Bisu tahun 2009..

*JEMAAH TABLIGH PEKAK BISU*
"SALAH KE OKU MENERIMA DAKWAH?"


Kali ini ingin mengulas lebih lanjut mengenai tajuk “Salah ke OKU menerima dakwah?”
Saya ingin membuktikan kepada umum bahawa golongan OKU layak menerima dakwah. Selain itu, saya ingin memaklumkan kepada kalian semua bahawa OKU boleh juga berdakwah dan hebat daripada orang normal.

Pada 31 Oktober 2009 iaitu pada hari Sabtu saya telah pergi ke masjid Sri Petaling. Saya diajak oleh sahabat saya yang bernama Omar untuk pergi ke sana. Pada mulanya, saya mengangak mungkin Omar ingin mengajak saya untuk melihat golongan tabligh dan menimba ilmu di sana.

Hal ini demikian kerana, sudah menjadi kebiasaan sahabat saya ini sentiasa merlakukan aktiviti dakwah dan mengajak para sahabat di IPGM IK untuk pergi ke Masjid Sri Petaling bagi menghadiri majlis ilmu. Namun, kali ini Omar benar-benar mengajak saya untuk pergi ke Masjid tersebut. Saya pelik, kenapa Omar begitu semangat mengajak saya ke sana.

Rupa-rupanya, Omar menyatakan bahawa Masjid tersebut mengadakan himpunan jemaah golongan tabligh pekak diseluruh Malaysia. Saya pun terkejut dan tidak menyangka terdapat aktiviti sebegitu disana. Sebelum ini apa yang saya ketahui terdapat jemaah pekak disana tetapi tidaklah saya menyangka Masjid tersebut mengadakan himpunan jemaah tabligh pekak di seluruh Malaysia. Saya begitu tertarik dengan ajakan Omar lantas segera untuk mengikutinya pergi ke sana.

Sesampai saya di Masjid tersebut, saya berasa terkejut dan teruja kerana saya melihat begitu ramai golongan pekak tabligh berhimpun di dalam masjid tersebut. Apa yang menarik perhatian saya ialah setiap negeri mempunyai kumpulan tabligh pekak yang tersendiri. Oleh itu, setiap negeri diminta untuk memberi laporan kegiatan dakwah yang mereka lakukan.

Apabila golongan pekak tabligh ini memberi laporan dan menceritakan pengalaman dakwah mereka, hati saya berasa menyesal dan lebih respek dengan golongan pekak tabligh ini. Hal ini demikian kerana, walaupun mereka kurang upaya tetapi mereka masih boleh menjalankan kegiatan dakwah dan mengamalkan cara hidup islam yang sebenar berbanding dengan orang normal yang sempurna pancainderanya tetapi malas untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

Saya berjumpa dengan seorang jemaah tabligh normal yang sentiasa mengikuti aktiviti dakwah jemaah tabligh pekak ini. (Maaf nama saya tidak ingat) Beliau menyatakan, orang pekak boleh menerima dakwah tetapi perlu ada caranya. Bimbingan daripada kita yang normal ini sangat diperlukan supaya mereka tidak sesat.

Kita sebagai manusia yang normal bertanggungjawab dalam merlakukan kegiatan dakwah kepada golongan OKU ini kerana bimbang apabila di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Selain itu, beliau menyatakan lagi, apa yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan orang normal menanggap orang pekak dan OKU yang lain tidak wajib menerima didikan agama Malah tanggapan ini juga diakui oleh pakar-pakar agama.

Perkara tanggapan ini harus ditangani dengan segera. Hal ini demikian kerana, OKU juga mempunyai akal seperti kita dan mampu berfikir tentang ketuhanan. Namun, terdapat golongan OKU juga, tidak wajib menerima didikan agama kerana masalah mental dan sebagainya tetapi mereka juga harus diajar supaya mereka tidak mudah terpengaruh.

Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah apabila orang normal menyalah tanggapan semua OKU tidak mempunyai akal atau menghadapi masalah mental. Jadi, inilah peranan kita yang sebenarnya membimbing mereka semua kejalan yang benar. Banyak perkara yang menark diceritakan oleh saudara tersebut tentang bagaimana orang pekak belajar agama dan sebagainya.

Saya tertarik saudara tersebut menyatakan perkembangan Islam dalam kalangan orang pekak sangat aktif di Pakistan, Hal ini demikian kerana, melalui pengalaman saudara tersebut menceritakan bagaimana jemaah pekak Pakistan merlakukan aktiviti dakwah. Malah sifat mereka sangat baik.

Apa yang mengejutkan saya, apabila saudara tersebut menceritakan kepada saya orang pekak membaca Al-Quran bahasa Arab yang tidak mempunyai terjemahannya. Sangat menarik..! Saya bertanya bagaimana mereka membacanya sedangkan mereka tidak faham, dan tidak kenal bunyi bahasa tersebut? , saudara tersebut menyatakan orang pekak disana menjadikan amalan membuka Al-Quran merupakan amalan harian mereka pada waktu malam.

Walaupun, mereka tidak memahami atau tidak tahu, tetapi mereka cuba menjadikan amalan tersebut sebagai amalan wajib bagi mereka. Kita yang normal pun susah hendak membuka Al-Quran tiap-tiap hari tetapi orang pekak mampu merlakukannya. Bertambah lagilah keinsafan dalam diri saya. Selain itu, terdapat bahasa isyarat agama yang diambil daripada Pakistan untuk diterapkan dan disesuaikan dalam bahasa isyarat Malaysia, kata saudara tersebut.

Saya juga, sempat menemubual orang pekak tabligh disana. Saya bertanya kepada mereka, bolehkah mereka mamahami tentang agama? Mereka berkata boleh dan memerlukan lagi bimbingan daripada orang normal. Malah terdapat golongan pekak yang betul-betul mahir dalam agama dan mampu memberi ceramah agama.

Selain itu, mereka menyatakan golongan pekak ini kebanyakan susah untuk menyampaikan agama kerana kebanyakan mereka sibuk dan kurang berminat untuk mengetahui agama kerana itulah kebanyakan orang pekak terlibat dengan masalah sosial. Namun, golongan pekak tabligh ini mampu mendidik isteri dan anak-anak mereka tentang agama. Alhamdulillah…

Masyallah.., bertapa hebatnya Allah. Allah menjadikan orang pekak ada hikmahnya, supaya kita tidak terlepas pandang dan mengamalkan sikap bertanggungjawab serta bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun golongan tabligh pekak ini tidak mampu mendengar tetapi iman mereka lebih kuat daripada kita yang normal.
Malu kita sebagai golongan yang normal ini mempunyai pancaindera yang sempurna tetapi masih lalai dalam mengerjakan suruhan Allah, berbanding dengan golongan OKU ini.

Sewaktu saya melangkah keluar daripada masjid itu, saya terfikir, kita sibuk dan mampu memberi bantuan kebajikan kepada OKU dalam berbentuk kewangan, harta dan semuanya berkaitan dengan dunia. Namun, kita tidak mampu dan mengalah dalam memberi didikan agama kepada OKU? Kenapa perkara ini boleh berlaku? Renung-renungkanlah..

kata meeze 1 : Sahabat pekak saya yang bukan beragama islam pernah mengatakan terdapat gereja untuk golongan pekak kristian di Puchong dan paderinya pun orang pekak…

kata meeze 2 : Selain masjid Sri Petaling, saya ada mendengar daripada orang lain bahawa Masjid negara turut mengadakan aktiviti kegiatan agama kepada golongan pekak. Sesiapa yang ingin rsepon amat digalakkan.. terima kasih..

Ini adalah sebahagian gambar jemaah tabligh pekak diseluruh Malaysia yang sempat saya ambil di Masjid Sri Petaling. hehehehe.. sebenarnya Omar cakap tidak digalakkan ambil gambar tetapi saya cuma ambil, alhamdulillah dapatlah sedikit.

590552334_26356535483933100_4243392231316629765_n.jpg



sumber -
 

627052907_1412280227197615_3073504103388491271_n.jpg


Kematian Seorang Tabligh

"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997.

Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu,ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan.

Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak.

Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi.

Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian.

Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat.

Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 21.00 1 mei 2009 ayah telah pun kembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan.

Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali.

Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.
Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.
“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.
Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.
“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki.

Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan liang lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut.

Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat.

InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata.

Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."
Semoga Bermanfaat..

sumber - https://www.facebook.com/share/p/178gdBJaHM/
 

DI MANA SALAHNYA TABLIGH?​

JEMAAH tabligh sangat dikenali dengan usaha dakwah mereka, namun mereka juga tak lepas daripada pelbagai tanggapan negatif masyarakat.

Ikuti perkongsian pengalaman Tuan Hj Gunawan Che Ab Aziz yang telah berpuluh tahun terlibat secara aktif dalam pergerakan tabligh di podcast Xklusif Bersama Syahril, hanya di saluran Youtube Tanah Berdaulat TV pukul 9 malam ini!

 
Back
Top
Log in Register