BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri putih mata

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Status mengenai kes ragut warga emas yang menjadi viral di media sosial.​

KOTA TINGGI - Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila seorang lelaki bertindak memecahkan cermin keretanya dalam cubaan meragut di Jalan Niaga 3 belakang Plaza Kota Tinggi, petang kelmarin.

Bagaimanapun ia tidak berhasil selepas mangsa bertindak menjerit meminta tolong.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, ketika kejadian mangsa berusia 71 tahun beralamat di Felda Air Tawar 3 berseorangan dalam kereta jenis Proton Persona menunggu suaminya membeli barang.

Menurutnya, mangsa secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin sebelah kiri kereta terbabit dengan menggunakan topi keledar.

"Apabila mangsa menjerit meminta tolong, suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal tanpa mengambil beg tangan mangsa.

"Sebelum kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa bersama suami ada membuat pengeluaran wang tunai dari Tabung Haji dan Maybank. Selepas itu suami mangsa meletakkan kenderaan di tempat kejadian untuk membeli susu kambing di plaza tersebut.

"Kejadian berlaku selepas lima minit suami mangsa meletakkan kenderaan dengan keadaan enjin kereta hidup," katanya.

Rahmat berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dalam apa jua keadaan dan mengelakkan pengeluaran wang tunai yang banyak selain meminta nasihat bank jika keadaan memerlukan.

Berikutan kejadian terbabit yang menjadi viral di laman sosial, beliau menasihati pengguna Facebook dan media baharu tidak menyebar berita palsu serta mendapatkan pengesahan polis dahulu.
 
Back
Top
Log in Register