balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Wilson (kiri) dan Boon Hup menunjukkan laporan polis yang dibuat dan senarai saman yang dikesan.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Seorang guru terpaksa menanggung hutang bank lebih RM70,000 bagi pinjaman kereta miliknya yang kini tidak dapat dikesan setelah terpedaya dengan helah seorang individu bertindak sebagai ejen menjual kereta terpakai.
Kereta yang asalnya diserahkan untuk ‘sambung bayar’ itu juga kini mempunyai bayaran tertunggak sejak Februari lalu.
Yap Boon Hup, 53, berkata, ia bermula pada Disember tahun lalu apabila dia bertemu seorang individu bagi menyerahkan kenderaannya serta geran kereta yang asal.
Menurutnya, individu dikenali sebagai William, berusia lewat 20-an itu merupakan individu ketiga yang mengambil keretanya untuk menyambung bayar dan menyatakan akan bantu menjual kereta itu.
“Dia beritahu ada orang nak beli kereta itu, tapi berkali-kali elak untuk bawa bakal pembeli itu jumpa saya.
“Jun lalu, saya jumpa dia dan mendapati nombor pendaftaran asal kereta itu WUK 1316 telah ditukar kepada JPW 8574, dan dia beri alasan bakal pembeli itu mahu gunakan nombor pendaftaran berkenaan.
“Dia juga bawa saya untuk urusan tukar nombor pendaftaran kereta dan serahkan RM150 kepada saya untuk urusan itu dan ambil geran asal baru yang ditukar nombor pendaftaran, dengan janji akan uruskan pemeriksaan Puspakom dan urusan jual beli dengan pihak bank,” katanya pada sidang media bersama Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam, Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong, semalam.
Sehingga kini tiada sebarang urusan jual beli dibuat Wiliam dan bayaran bulanan kereta tertunggak sejak Februari lalu serta terdapat tiga saman tidak dijelaskan.
“Saya dapat tahu William ada terlibat dengan kes curi kenderaan dan telah ditahan reman. Saya jumpa masa dia dalam tahanan dan minta penjelasan. Tapi dia cakap dia tidak tahu kereta itu ada di mana.
“Sekarang ini, jika kereta itu tidak ditemui, saya terpaksa tanggung bayarannya.
“Laporan polis telah dibuat, jadi saya minta sesiapa jumpa kereta Toyota Altis warna putih dengan nombor pendaftaran JPW 8574 untuk maklumkan pada saya,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/ejen-lesapkan-kereta-1.308009