BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri Kereta Boleh Tertidur

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
19.04.2019 - Bukit Mertajam, Niat nak curi tapi tertidur pula. Itu yang berlaku terhadap lelaki yang mahu mencuri kereta namun tertidur dalam kenderaan itu di Taman Markisah, Bukit Mertajam semalam.

Dalam kejadian 6 pagi itu, lelaki terbabit disedari tertidur di bahagian penumpang hadapan oleh abang kepada pemilik kereta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pengadu berusia 59 tahun ke rumah adiknya untuk mengemas kediaman itu.

“Rumah itu ditinggalkan tidak berpenghuni sejak seminggu lalu kerana bapa mereka meninggal dunia dalam kediaman itu dan upacara sembahyang belum dilakukan.

“Abang mangsa ke rumah itu untuk mencuci dan mengemas namun terkejut apabila melihat cermin bahagian penumpang hadapan Proton Saga milik adiknya diturunkan separuh,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, pelik melihat kejadian itu abang mangsa membuat pemeriksaan dan terkejut apabila melihat lelaki sedang tidur di bahagian penumpang hadapan kereta.

“Abang mangsa menghubungi polis dan suspek berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati dia memiliki lima rekod lampau iaitu dua kes jenayah dan tiga dadah.

“Siasatan juga mendapati suspek cuba mencuri kereta terbabit namun dia keletihan dan tertidur tanpa menyedari abang pemilik kereta datang ke rumah itu,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 kanun sama.

tido19a_1555661193.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/446486/pencuri-kereta-boleh-tertidur
 
Betoi2 penat nie keja siang mlm xkira waktu smp tertido di buatnya hahaha
 
Back
Top
Log in Register