Sebelum nak buat sesuatu tu renung dan paham masak hadis Nabi SAW :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)
Orang yg mencuri tu nak kirasalah dah mmg salah...kita yg pukul dia silap2 masa hari kiamat esuk masa ditimbang amal kita...pahala kita buat solat tahajud, pegi aji, puasa, sedekah...tiba2 tak termasuk dlm senarai, sebaliknya pahala tu dapat kat pencuri yg kita pukul tu.
Buat penat bangun tahajud tiap2 malam, belanja puluh ribu pegi aji, sedekah kat orang, si-pencuri tu yg dapat.
Lebih buruk lagi bila ditimbang amal buruk kita tiba2 ada dosa yg tak pernah kita buat...rupa2nya dosa si-pencuri yg kita pukul dulu tu