BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hati hati la korang

SKUAD MUDA 1JPJ

Sejak tiga tahun yang lepas, JPJ telah mula membuat "social engagement" dengan rakyat, khususnya semasa musim perayaan, supaya rakyat menjadi mata dan telinga JPJ untuk melaporkan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Inisiatif ini didapati berkesan dalam meningkatkan kesedaran tentang pemanduan berhemah dan pematuhan undang-undang di kalangan pengguna jalan raya selain memupuk semangat kesukarelaan di kalangan rakyat secara amnya. Inisiatif ini dicadang diperkasakan dengan penubuhan satu skuad sukarela yang lebih berstruktur dan mempunyai keahlian rasmi yang akan mempunyai saluran khusus untuk berinteraksi dengan JPJ bagi menjalankan kerja-kerja kesukarelaan, khususnya dalam bidang keselamatan jalan raya.
 
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).
 
potong Q n lampu isyarat tu..
mmg aku suka bebenor klu org tu kena saman..
tapi tu la..potong Q yg mcm mana tu...pelik lak rasanya...

Aku paling benci org potong Q kat toll Sg Besi
Lorong tunai ada 5 tetiba jadi 10 barisan..
asal ada org potong je mesti ramai yg follow..
 
sayangi la duit anda.. boleh gak beli temenung ngan sayur.. pala but*h punya jpj.. nak buat keja lain kali masa awal2 buta pagi2 leh tangkap ramai sikit..

esok ampa dok tangkap gambo sangat.. anak indu nampak.. pukul bagi mampoih buang situ baru ada akal.. mai la masuk estet ngan kampung cina dalam sikit baru sempoiiii.. baru telor ada steellll..
 
sapa yg tak setuju mesti sbb selalu buat kesalahan jalan raya...kawan setuju sbb kawan jarang buat kesalahan jalan raya...yg rasa samseng ja selalu buat kesalahan jalan raya...mohon terasa...
 
dah ada penafiqn di fb jpj
berita ni tidak benar
 
kalau kita yang orang biasa tolong JPJ buat kerja, agaknya kita dapat komisen juga tak? aku ringan tangan nak tolong JPJ ni.. banyak je aku nampak kesalahan2 di jalanraya, boleh je aku cari 50 kesalahan dalam 1 hari.

sokong sangat sangat....ramai je yg buat salah seperti menukar arah laluan tanpa memberi signal,lalu di laluan kecemasan dan paling banyak melanggar lampu isyarat merah......

:):)
 
sokong sangat sangat....ramai je yg buat salah seperti menukar arah laluan tanpa memberi signal,lalu di laluan kecemasan dan paling banyak melanggar lampu isyarat merah......

:):)

patut JPJ ambik aku bekerja, aku sanggup 12 jam ronda2 kat jalanraya semata2 nak pastikan pemandu2 ikut peraturan.. takkan semua JPJ nak duduk opis kot? bagilah aku kerja oi JPJ, aku sanggup ni.
 
Back
Top
Log in Register