BTC USD 84,250.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri ditendang sesuka hati

patut apek tu kasi kaw2 lagi......

kurang lg tu.
 
tendeng je kot kalo aku mau aku lenyek dgn hilux :D
 
Kalo dh pencuri..x kira la bangsa apa pon.mmg patut kena.
P/S teringin gak nk merasa tendang kepala pencuri cina..huhu
 
ahpek ni kalau dibawa ke mahkamah, dia pun boleh tinggal dan makan percuma dalam banglo besi.... Bukti dah cukup dah kat video youtube tu. Dia pukul tu pun dah jadi satu kesalahan sebab menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Kat Malaysia ada undang-undang, pukul pencuri dia tak mati OK ler, kalau mati kita kena jawab kat polis, mahkamah etc.... Belum lagi nak kena jawab kat akhirat.

Dah jadi trend kat Malaysia ni jumpa peragut, pencuri, perompak etc pukul dulu sendiri puas2 tanpa usul periksa. Negara kita ada undang-undang, jangan ikutkan perasaan sangat. Orang tu mencuri pun, serahkan saja kepada polis....
 
Kira okey la kena tendang kat kepala drpd kat seremban kena tetak dgn parang sampai berdarah2 tu, ada kesah. Elok pengajaran utk pencuri, rasa skt tu. Masuk lokap atau pemulihan dpt sedap jek makan free.

saya stuju dgn anda hehehe...

semua dah besar panjang. dah tau keje mencuri atau amik hak orang ni salah. terdesak camne pun banyak je keje lain bleh buat. kalau buat gak terima la hukuman dan balasan seadanya. kurang org camni, selamat sikit rasa malaysia ni pasal org takut nak buat jahat.

apek ni skrg kena jaga2 la takut kaum keluarga/kawan/geng budak ni balas dendam plak. tu yang susah tu. kita bagi pengajaran, last2 diri kita gak terdedah kpd bahaya.

apapun, janji kita tahu tindakan kita betul sudah la... :(
 
itu dah jadi kebiasaan..sblm polis datang, sebat dulu sampai lembik... bio dia menyesal...
 
Dulu Melayu belasah Melayu sampai berdarah2 takde isu pun. Sekarang apek tu tendang2 camtu dah kecoh. Xde la nampak bengkak berdarah lunyai ke.

Pencuri maa mesti kena pukul dulu. Takkan belai2 rambut dengan kasih sayang.

Dah2 la buat isu. Baik bincang masalah zina orang Melayu ke. :mad:
 
xpe2...aku doakan sape2 yg backup tu,kne di peragut @ pencuri dlu...baru leh rase cmne..nk tgk siap nk jemput masuk umh makan2 dlu ke,@ siap nk belasah....wakkaakkaka
 
Sebelum nak buat sesuatu tu renung dan paham masak hadis Nabi SAW :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Orang yg mencuri tu nak kirasalah dah mmg salah...kita yg pukul dia silap2 masa hari kiamat esuk masa ditimbang amal kita...pahala kita buat solat tahajud, pegi aji, puasa, sedekah...tiba2 tak termasuk dlm senarai, sebaliknya pahala tu dapat kat pencuri yg kita pukul tu.

Buat penat bangun tahajud tiap2 malam, belanja puluh ribu pegi aji, sedekah kat orang, si-pencuri tu yg dapat.

Lebih buruk lagi bila ditimbang amal buruk kita tiba2 ada dosa yg tak pernah kita buat...rupa2nya dosa si-pencuri yg kita pukul dulu tu
 
Back
Top
Log in Register