BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri 'dikalung' bangkai anjing

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


GUIZHOU - CHINA. Dua orang lelaki terpaksa menangung azab dan malu selepas tindakan mereka yang ingin mencuri anjing gagal malah leher mereka turut 'dikalungkan' oleh bangkai anjing.

Memetik laporan Guiyang Evening News, lelaki yang dikenali sebagai Xiao berkata, dia menyedari dua orang lelaki sedang mencuri anjingnya kira-kira jam 6 pagi.

Dia kemudian bergegas meminta pertolongan jirannya untuk menangkap pencuri terbabit yang pada ketika itu terjatuh ketika cuba untuk melarikan diri dengan motosikal.

Kedua pencuri terbabit kemudiannya diikat oleh penduduk kampung, malah dipukul serta leher mereka turut digantung dengan bangkai anjing sebagai pengajaran di atas perbuatan itu.

Polis yang tiba di tempat kejdian selepas menerima aduan kemudian cuba untuk meleraikan penduduk kampung, namun gagal dan terpaksa mendapatkan bantuan tambahan untuk mengawal situasi berkenaan.

Pihak kerajaan Dujun berkata, lebih 100 anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membawa kedua pencuri berkenaan yang ditahan oleh penduduk kampung lebih dari 10 jam dalam keadaan lapar serta cedera.

Pencuri berkenaan kemudian dibawa ke balai polis dan pihak polis turut akan menyiasat penduduk kampung yang terlibat memukul kedua-dua pencuri berkenaan.

Kejadian itu menimbulkan pedebatan di kalangan netizen yang menyalahkan penduduk kampung yang bertindak keterlaluan terhadap pencuri berkenaan namun ada juga netizen turut menyokong tindakan terhadap kedua pencuri berkenaan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/pencuri-dikalung-bangkai-anjing-1.447500
 
elok juga supaya jadi pengajaran pada yang suka mencuri.
 
dia nak makan ke apa pergi curi anjing nak buat apa.
 
Sian Cina DAP. Mencuri je krojenya.

Yang aku tau Cina MCA yang lesapkan berbilion2 duit rakyat.. Tengok PKFZ.. Rilek je lepas.. Tak sebut pulak ko ye.. Yang nyatanya tak kisahlah bangsa apa, asal ada dalam BN semuanya kerja mengabihkan duit rakyat.. Kecik2 tak nak maammpus, dah besar menyusahkan orang.. huhu.. Tengok rumah Allahyarham Nik Aziz dengan Mahligai Najib pun dah tahu sapa boros..
 
Last edited:
dia nak makan ke apa pergi curi anjing nak buat apa.

Huhuhuhu...tula musykil jugak...ke sebab diaorang ni selalu kena kejar ngan anjing-anjing belaan tuan rumah ni.
 
xcukup kouta kot mencuri...klau x lepas je ni
 
Back
Top
Log in Register