BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri cari pintu tak jumpa

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
image.jpg

Omar Gul dan isterinya menunjukkan katil yang dihampiri pencuri tersebut untuk mencuri rantai.

20525725_308965556235255_8749525305260761835_n.jpg

20476195_308965586235252_6474319257719171453_n.jpg

20376165_308965609568583_7308227169372743517_n.jpg



BALING - Usaha seorang pencuri melarikan barang berharga milik sebuah keluarga di Kampung Mengkuang Masjid, di sini tidak berjaya apabila gagal mencari pintu keluar rumah.

Menurut tuan rumah yang juga seorang pengamal perubatan, Omar Gul Hadzrat Gul, 77, kejadian berlaku Jumaat lalu kira-kira jam 1.15 pagi.

“Waktu tu saya nak keluar pi tandas, tiba-tiba perasan ada seorang lelaki kepala botak duduk atas kerusi di meja makan. Dia nampak macam letih.


"Pak Long tanya dia hang pencuri ka? Kenapa tak keluar? Dia jawab cari pintu keluar tak jumpa dan tak ingat masuk dari arah mana.

Omar Gul berkata, beliau terus pegang tangan pencuri itu dan menendang ke muka menyebabkan pencuri itu pengsan.

Katanya, pencuri itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk tindakan lanjut.

Omar Gul berkata, sebelum ini ada empat orang pencuri cuba burung yang dibela di halaman rumahnya, namun tak sempat berbuat demikian kerana mengaku nampak laut dan tak dapat lari.

Beliau berkata, ayat suci al-Quran adalah kalimah paling hebat untuk menjadi pendinding kediaman daripada anasir jahat.

Isterinya, Hasnah Husain, 56, berkata, pencuri itu masuk melalui tingkap bilik tidur mereka yang tidak berkunci.

Menurutnya, barangan sempat diambil tapi tak sempat dilarikan ialah wang tunai berjumlah RM1,500, sekalung rantai, sebentuk cincin, empat telefon bimbit, sebuah pisau pemotong daging dan satu gigi taring buaya.

“Mujur semuanya selamat, waktu dia masuk dalam bilik memang tak ada siapa sedar. Rantai pula dia ambil dari atas katil," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian tersebut.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pencuri-cari-pintu-tak-jumpa-1.711517
 
Last edited:
sekali pencuri silap rumah daaaa....:eek::eek::eek::eek:

'pagar' baik punya
 
sekali pencuri silap rumah daaaa....:eek::eek::eek::eek:

'pagar' baik punya

usaha yang tak sia2..

moga jadi pengajaran pada penjenayah lain..

mmg ada amalan pagar rumah ni, buat sendiri je..

insyaAllah jadi..
 
dalam sains..ini yg disebut sebagai alzheimer sementara... x kaitan dengan ilmu tuan rumah... sebab x penjelasan saintifik mengenai ilmu2 batin...
 
nasib baik la pencuri tu pengsan...kalau arwah pencuri tu .... panjang cerita loooo
 
dalam sains..ini yg disebut sebagai alzheimer sementara... x kaitan dengan ilmu tuan rumah... sebab x penjelasan saintifik mengenai ilmu2 batin...

jom kita belajar cara meng'alzheimersementara'kan manusia yang suka terjah rumah orang ni
 
dasat pak omar gul ni.. sekali hentak terus pengsan
 
Back
Top
Log in Register