BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pencuri bogel dalam bar

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
EDMUND ST. - Imej seorang pencuri yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak memakai sebarang pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu memecah masuk sebuah bar di Darwin, Australia kelmarin.

Seorang pengurus bar tiba pada waktu pagi dan mendapati seketul bata digunakan untuk memecahkan tingkap.

Kakitangan-kakitangan bar itu kemudian memeriksa rakaman CCTV dan mendapati seorang lelaki menceroboh masuk pada pukul 6 pagi waktu tempatan dan mula minum minuman keras.

Keganjilan mula berlaku apabila lelaki itu menanggalkan pakaian dan berjalan dalam bar.

Lelaki itu kemudian memegang pakaiannya dan berjalan keluar.

Polis kini melakukan siasatan berhubung kejadian pencerobohan bar itu. - Agensi
 
Dia ingat dia orang minyak kot..:))
 
Orang gila ni....
 
kalau tak gila tak buat macam tu
 
rasanya dia test ilmu halimunan dia kot. :)) ilmu halimunan dia tak jadi. dia kena tipu dgn tok moh la. :eek::eek::eek:
 
tekanan mental ni..
stress akibat kegawatan ekonomi..
 
Back
Top
Log in Register